pengalaman baru kami

di petik dari blog http://abumuttaqin.blogspot.com/2008/12/usrah-futsal.html


Alhamdulillah ,pada selasa lepas 16hb Dis 2008 kami dpp lipis Berjaya mengadakan satu lagi siri usrah ,tapi kali ini lain sikit , usrah kali ni kami panggil USRAH FUTSAL . Usrah kali ini kami buat di Padang Futsal Majlis Daerah Lipis.

Usrah kami macam biasa laaa… mula dengan sembahyang maghrib , yang mengembirakan lagi kami dapat bersembahyang di atas padang futsal . Rasanya belum pernah lagi padang futsal tu dijadikan tempat solat, kira kami DPP LIPIS telah mengukir satu sejarah di Daerah Lipis..

Pada mulanya kami ingat Cuma dalam sekitar 12 hingga 18 orang sahaja yang datang sebab semasa maghrib tu cuma 14 orang sahaja yang sembahyang . tapi kira berjaya juga la .Rupa rupanya macam biasa lepas maghrib baru la ahli datang seorang demi seorang. Ingatkan lepas sembahyang terus bolah main tapi ada sedikit masaalah. Semua tau kan! Dalam perjuangan memang ada rintangan.

Lampu masih tidak dipasang kerana pelbagai hal . dalam pada itu ahli datang semakin ramai .







Kami jawatan kuasa ambil kuputusan untuk solah isyak dulu. Allhamdulillah ,tengah berdoa lampupun bernyala…







Selesai sembahyang kami pun buat halaqah dan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz fazli. Jumlah kehadiran pada kali ini juga mencatat sejarah usrah kami . seramai hampir 50 orang. Jika di kira dengan anak anak tentu lebih lagi.




Berikut gambar sekitar futsal kami sedang berlangsung














KAMI HABIS MAIN SEKITAR JAM 10 30 MALAM. INSAALLAH KAMI AKAN BUAT LAGI PROGRAM PROGRAM SEPERTI INI. WALAUPUN PADA PERMULAAN USRAH KAMI HUJAN TURUN TAPI TAK LEBAT. KAMI TERUSKAN JUGA .ALHAMDULILLAH KAMI SEMUA SELAMAT.

PROGRAM KALI INI KAMI TIDAK MENYEDIAKAN HADIAH TAPI PEMENANGNYA TETAP ADA.

Bergambar ramai ramai lepas main.


PEMAIN TERBAIK


PENJAGA GOL TERBAIK


JOHAN USRAH FUTSAL PERTAMA


PEMAIN HARAPAN


SESIAPAN YANG INGIN MENYERTAI KAMI BOLEH LAH LAPANGKAN MASA SETIAP SELASA MALAM. INSAALLAH ISLAM AKAN MENANG DI LIPIS.

CERITA AKAN BERSAMBUNG LAGI.
TAKBIR!!!


kem remaja anak soleh dan hari keluarga mtd padang tengku

Baru baru ini pada 12 hingga 14 hb disember Unit amal Pas Kawasan Lipis dengan kerjasama MTD padang tengku dan juga PAS cawangan relong telah menganjurkan satu kem yang diberi nama kem remaja anak soleh 08. bertempat di ; sg batu kg relong, kehadiran peserta adalah amat menggalakkan dimana seramai 50 orang telah selamat mengikuti kem tersebut selama 3hari 2 malam. kem tersebut ditutup dengan hari keluarga peringkat mtd pada hari ahad 14hb tersebut dan ceramah umum pada sebelah malamnya yang disampaikan oleh Ustazah nurudah salleh dan juga dr hamzah jaafar.. berikut gambar gambar sekitar program tersebut.



Majlis Ihtifal pasti

Alhamdulillah baru baru ini pada tanggal 15hb November PASTI lipis sekali lagi berjaya mengadakan majlis Ihtifal iaitu suatu majlis yang diadakan bagi meraikan para pelajar PASTI yang cemerlang. Kehadiran adalah amat memuaskan.

Perasmian telah dilakukan oleh YBG YDP PAS Kawasan Lipis Hj ROmli b Abdullah. Turut serta adalah Ketua PAS cawangan Berchang bagi memeriahkan majlis tersebut.

Dimajlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan menarik dari anak anak PASTI bagi menghiburkan ibu bapa dan para hadirin

Tahniah PASTI Kuala LIPIS kerana berjaya menganjurkannya dengan penuh gilang gemilang:) Alhamdulillah.

Berikut Warna warni sepanjang majlis yang sempat diambil..





























































































Sukan PASTI nurhidayah Padang Tengku

Hari ni Pusat Asuhan Tunas Islam pdg tengku yang bernaung dibawah Pemuda PAS lipis telah selesai menjalankan suatu majlis yang penuh meriah di padang halaman rumah allahyarham cikgu sabri.

walaupun hari hujan sedikit sedikit di permulaan majlis namun semangat kesukanan tidak meluntur adik adik PAsti sekalian . Tahniah berikut sedikit gmabar yang sempat saya snap untuk tatapan umum:)

MTD padang Tengku Bersama PAS Kawasan Lipis telah mengadakan Satu Majlis Rumah terbuka Eidil Fitri pada 15.10.08 hari Rabu bertempat di rumah Hj Wahab Ismail kg Pagar Sasak bekas orang kuat UMNO Kuala Lipis yang kini telah Menyertai Perjuangan PAS.



Alhamdulillah walaupun hujan rahmat turun sejak bermulanya Majlis jamuan namun kehadiran pengunjung tetap meriah. Dato Pesuruhjaya Ust Dato Tn Ibrahim Tn Man, T.G Hj Baqi Othman,Penyelia Dun P.tengku Sdr Roslan Zainal, penyelia parlimen Lipis Dr Nilam turut sudi meluangkan masa bersama sama kami di kawasan Kuala Lipis.


pada sebelah malamnya dato tn ibrahim, yb syed hamid en balasubramaniam menyampaikan ceramah.juga ditempat yang sama




























Jamuan raya PAS MTD CHEKA & cawangan TempoyanG


Hari ini jam 3ptg mtd cheka telah mengadakan jamuan raya,bertempat di markas Tempoyang. Turut hadir ialah Dr nilam Abd Manaf disamping ahli ahli Jk PAS kawasan. Pelbagai kaum telah turut hadir ke program tersebut.

Posted by ShoZu

Ramadan Kareem..... Allahu Akram

Ramadan bulan tarbiah. Apakah yang kita tahu tentang tarbiah? Kalau di rungkai daripada sudut bahasa, asal kata tarbiah adalah daripada perkataan ‘rabba’ yang bermaksud didik. Tarbiah boleh dikata sebagai suatu proses pendidikan yang melatih umat Islam menjadi insan yang bertaqwa.

Semua orang perlu ditarbiah, dan tarbiah tiada penghujungnya sehinggalah kita semua menghembuskan nafas terakhir. Oleh itu Allah anugerahkan kepada kita semua Bulan Ramadan sebagai peluang yang terbaik untuk kita mendidik diri menjadi insan yang bertaqwa sebagai mana firmanNya,

“Wahai orang –orang yang beriman, berpuasalah kamu seperti mana kaum-kaum yang terdahulu agar kamu bertaqwa.”

Kerana itu kita semua disuruh untuk beribadah sebanyak mungkin dibulan puasa sebagai jalan untuk kita mentarbiah diri mengejar darjat sebagai seorang yang bertaqwa.Tetapi malangnya, satu perkara yang sering terjadi kepada umat Islam hari ini adalah beribadah SEMPENA RAMADAN sahaja. Bila mana tamatnya bulan Ramadan, maka segala ibadah yang dilaksanakan ketika bulan Ramadan dahulu ditinggalkan sedikit demi sedikit.

Kerana itu bila mana disebut Ramadan Karim (Ramadan yang mulia) kita pergi ingat bahawa Allahu Akram(Allah yang Maha Mulia). Jika kita beribadah kerana Ramadan ketahuilah bahawa sekarang Ramadan telah pun meninggalkan kita semua. Proses pentarbiahan perlu diteruskan, kita perlu pergiatkan usaha untuk kita menjadi seorang muslim yang bertaqwa.

Dalam Al-Quran ada menyebut Andai didunia ini ada tuhan yang lain mentadbir selain Allah nescaya dunia akan hancur. Begitulah hendak digambarkan bahawa hanya Allah sahaja yang mempunyai kekusaan di seluruh alam maya ini. Dan kuasa Allah tidak berkurang dibulan yang lain selain bulan Ramadan. Tugas kita adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah sepanjang sehidupan kita. Oleh itu hendaklah kita mengabdikan diri kita sepenuhnya kepada Allah semata-mata dan tidak menyekutukanNya dengan yang lain.

Umat Islam juga perlu menyemai rasa takut hanya kepada Allah semata-mata dan bukanlah takut kepada selain daripadaNya. Firman Allah dalam surah Annur:

52. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan.

Ketaatan dan rasa takut kepada Allah adalah bukti yang paling kuat untuk kita kata seseorang itu telah mencapai kemenangan, tetapi ketaatan dan rasa takut kepada Allah yang hanya dilakonkan sepanjang Ramadan menunjukkan seseorang itu masih lagi berada di alam khayalannya.

Oleh itu mari kita tingkatkan lagi amalan kita sehari demi sehari agar Allahmemberi kita petunjuk untuk terus berada dalam cahayaNya didunia mahupun diakhirat…. insyaAllah..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEMOGA KITA DIKEKALKAN OLEH ALLAH DALAM PERJUANGAN SUCI INI INSYAALLAH

Xtvti Pemuda PAS Kawasan DAn PAS Kawasan LIPIS

Salam Eid Mubaroq, ku mulakan tintaku ini dengan ucapan dari jauh ku puhonkan ampun maaf kepada K.pemuda PAS pahang andai tercari cari berita dan maklumat berkenaan xtvt pemuda di kawasan kami. Bukan takde masa cuma tidak mampu menghadap komputer lama dek kerana ana menggunakan internet yang bukan streamyx , jadi paham paham jela nak surfing bukan main seksa. tapi ok la jugak sket pada dial up. ana menggunakan celcom broadband. sini x dak 3g so dia guna gprs jadi kupayaannya agak slow sketla..

Kembali kepada cerita kami di lepeh ni. Pertamanya ana nak ucapkan tahniah kepada k.pemuda ust lan dan s.u ust kie atas keazaman dan keiltizaman tuan tuan maka program usrah kita tetp berjalan walaupun menempuh bula ramadhan yang mulia ini. Sejarahnya bulan inii entah mengapa menyebabkan urusan jemaah kita layu. ia menjadi bulan bertenang agaknya, tapi tahun ini kita berjaya menyapu sikap tersebut.



Program kami pemuda lipis pada bulan yang mulia lalu tertumpu pada program qiam sahaja, usrah kami ditukarkan methodnya sementara bagi menggalakkan kami semua untuk bertahajud dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, nak tau tak ana sebenarnya agak risau permulaannya , bimbang ia akan menjadi berat kepada pemuda pemuda lain untuk hadir ke program tersebut, lalu akan menyebabkan usrah terhenti di bulan ramadahan itu, dan untuk menghidupkannya semuala biasanya akan mengambil masa yang agak lama, kadang kadang sampaui raya haji pulak baru boleh hidup semula. Namun atas keliltizaman k.p dan s.u pemuda akhirnya ke empat empat minggu tersebut berjya kami jayakan dengan kehadiran yang agak membanggakan kami.

Minggu pertama ramadhan kami adakan di masjid kg berchang pada hari jumaat mlm sabtu dengan kehadiran sekitar 10 ke 15 orang pemuda. Qiam dipimpin oleh dato' K.pemuda Lipis kami

Minggu yang ke2 ramadhan kami adakan di markas Pas Kg Tempoyang dengan kehadiran yang hampir sam 10 ke 15 orang juga pada hari jumaat mlm sabtu

Minggu yang ke3 ramadhan kami adakan di markas PAS Kg Bapong juga pada hari Jumaat Malam sabtu . Kali ini paling ramai sekitar 20lebih orang Hadir. Alhamdulillah,.

Pada malam 27 ramadhan sepetimana arahan Lajnah Tarbiah negeri kami juga turut mengadakan program iktikaf dan qiamullail kali ini di Masjid Kg Aur Gading . Disini kami bermuala dengan iftar jamaie dan selapas maghrib ada kuliah maghrib tarawih tazkirah ramadhan, qiamullail , subuh berjamaah dan diakhiri dengan kuliah subuh. Dato K.p Kami sapu bersih program tersebut. dari imam maghrib sampai ke kuliah subuh dia bagi :)
kehadiran turut memberangsangkan pada program tersebut ada sekitar 19 orang yang hadir.



Manakala pada 20 dan 21 september pula PAS kawasan di bawah lajnah kebajikan telah berjaya mengumpulkan sumbangan iaitu beras 2.3 tan, gula tepung minyak masak teh kopi dan alat lat keperluan lain untuk diserahkan kepada orang orang yang memerlukan. Sumbangan adalah dari orang ramai dan juga YBhG Dr Wahab ismail.
Penerima sumbangan adalah sekitar 200 orang semuanya.

Terima Kasih kepada dermawan dermawan sekalian. untuk rekod program sebgini telah berlangsung hampir 4 ke 5 tahun dah. tahniah PAS Kawasan Lipis..




Dr Nilam turut meluangkan masa menyampaiakn sumbangan


Dan pada malam 21 tersebut program sumbngan tersebut diakhiri dengan ceramah Badar alqubro, yang disampaikan oleh YB mohd Nor ADUN Bkt Payong. Sebelumnya diadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat bertempat di Markas PAS Bapong, Seorang ahli yang bermurah hati iaitu Abg Hanapi telah bermurah hari menyumbangkan seekor lembu untuk kenduri tersebut,


Cerita kami di tutup dengan peristiwa yang menggemparkan kami semua dan juga seluruh negara kerana tembakan rambang seorang polis di kg selindang. AJK pemuda PAS kawasan Lipis Sdr Hasbullah Ludin (gambar) terlibat menjadi mangsa dalam insiden yang cukup membahayakan nyawa beliau. Alhamdulillah beliau tidak ada apa apa. Kereta beliau terkena 3 tembakan dari polis tersebut. satu peluru sudah hampir betul mengenai beliau. Mujurlah tiada apa apa. beliau adalah tenaga penting bagi Pemuda PAS Lipis. semoga Allah memberi Kekuatan kepada Beliau.

Wa ilalliqa' Assalamualaikum

jangan siakan baki Ramadan yang tinggal


Kalau nak ceritakan tentang kelebihan Ramadan memang banyak. Didalam bulan Ramadan disyariatkan kepada seluruh umat Islam untuk berpuasa, maka digelar juga bulan Ramadan sebagai bulan puasa. Mengikut kajian sains juga mengatakan bahawa dengan berpuasa dibulan Ramadan ini dapat menyihatkan badan. Tetapi Ramadan bukanlah sekadar suatu tempoh masa untuk kita berpuasa semata-mata. Dalam bulan Ramadan telah terhimpun dengan pelbagai macam keberkatan. Oleh itu lebih sesuai kita gelarkan Ramadan sebagai bulan Ibadah ataupun bulan tarbiah.

Puasa dapat mendidik kita mengawal hawa nafsu. Kita pernah mendengar cerita tentang nafsu bagaimana dia tegar untuk tidak mengakui bahawa Allah aalah tuhannya. Akhirnya apabila Allah menyiksanya dengan kelaparan barulah ia mengkui Allah sebagai tuhannya. Oleh itu setiap masa hendaklah dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah agar diri kita dapat diperbaiki kepada yang lebih baik lagi.

Sekarang sudah masuk ke 10 malam terakhir Ramadan, kalau difikirkan kembali apakah ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan tahun ini lebih banyak berbanding dengan bulan-bulan yang sebelum ini. Ataupun sama saja, dan mungkin juga lebih teruk. Seharusnya kita tingkatkan lagi amalan kita dimalam-malam yang terakhir ini, kerana takut boleh jadi Ramadan tahun hadapan tidak sempat bertemu dengan kita. Dalam satu kaedah figh mengatakan ما لا يدرك كله لا يترف كله iaitu bermaksud apa yang tidak dapat dibuat keseluruhannya, jangan ditinggal keseluruhnanya.

Andai kata hari-hari yang lepas kita telah sia-siakan, janganlah kita menunggu Ramadan yang akan datang untuk kita mulakan kembali. Oleh itu mari kita azam hari ini untuk memastikan bahawa baki Ramadan yang tinggal ini akan kita manfaatkan dengan sehabis mungkin moga-moga dengan usaha kita ini akan menjadikan kita orang yang BERTAQWA…

“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan kepada kaum-kaum yang terdahulu agar kamu berTAQWA”…..

Tarbiyah Ramadhan




Ramadhan adalah medan mentarbiyah diri kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira kedudukam mahupun pangkat. Setiap manusia yang mengaku beriman wajib keatasnya berpuasa bermulanya subuh sampai maghrib.

Segala terjadi kerana adanya ayat perintah daripada Allah mengenai wajibnya berpuasa sebagaimana dalam firmannya yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sebagaiman diwajibkan keatas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu mudah-,udahan kamu bertaqwa".
didalam ayat ini kita dapati diakhirnya Allah menyelitkan bahawa barang sesiapa yang berpuasa mak natijahnya adalah ketaqwaan..

Tetapi sejauhmana kita yang berpuasa ini yang masing-masing dah berpuluh-puluh tahun berpusa tapi masih sama lagi keadaannya, masih lagi tolak Al-Quran, masih lagi duk bercouple tanpa batasan, masih lagi beralasan dalam perjuangan, atau masih lagi asyik bermain dengan anak-anak setelah balik kerja tanpa memperdulikan atau memperjuangkan hal umat Islam secara keseluruhan, ehm mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan puasa kita.

Jika kita kaji dan teliti ayat tadi secara mafhum mufaqahnya ... orang yang berpuasa pasti mendapat Taqwa. sebab kalimah La'alla ( mudah-mudahan)didalam al-Quran adalah bermaksud pasti kerana janji tuhan adalah janji yang pasti berlaku.. so marilah kita kaji & teliti kembali diri kita sejauh man penghayatan kita didalam bulan Ramadhan ini.

Finalis akademi nasyid Azhar atan, yg juga k.Pemuda Pas tg Piai Johor


Vote 4 him, mlm ini finale akademi nasyid d tv9. Untuk undi taip: AN AZHAN dan hantarkan ke 33399.

Posted by ShoZu