Kalau nak ceritakan tentang kelebihan Ramadan memang banyak. Didalam bulan Ramadan disyariatkan kepada seluruh umat Islam untuk berpuasa, maka digelar juga bulan Ramadan sebagai bulan puasa. Mengikut kajian sains juga mengatakan bahawa dengan berpuasa dibulan Ramadan ini dapat menyihatkan badan. Tetapi Ramadan bukanlah sekadar suatu tempoh masa untuk kita berpuasa semata-mata. Dalam bulan Ramadan telah terhimpun dengan pelbagai macam keberkatan. Oleh itu lebih sesuai kita gelarkan Ramadan sebagai bulan Ibadah ataupun bulan tarbiah.
Puasa dapat mendidik kita mengawal hawa nafsu. Kita pernah mendengar cerita tentang nafsu bagaimana dia tegar untuk tidak mengakui bahawa Allah aalah tuhannya. Akhirnya apabila Allah menyiksanya dengan kelaparan barulah ia mengkui Allah sebagai tuhannya. Oleh itu setiap masa hendaklah dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah agar diri kita dapat diperbaiki kepada yang lebih baik lagi.
Sekarang sudah masuk ke 10 malam terakhir Ramadan, kalau difikirkan kembali apakah ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan tahun ini lebih banyak berbanding dengan bulan-bulan yang sebelum ini. Ataupun sama saja, dan mungkin juga lebih teruk. Seharusnya kita tingkatkan lagi amalan kita dimalam-malam yang terakhir ini, kerana takut boleh jadi Ramadan tahun hadapan tidak sempat bertemu dengan kita. Dalam satu kaedah figh mengatakan ما لا يدرك كله لا يترف كله iaitu bermaksud apa yang tidak dapat dibuat keseluruhannya, jangan ditinggal keseluruhnanya.
Andai kata hari-hari yang lepas kita telah sia-siakan, janganlah kita menunggu Ramadan yang akan datang untuk kita mulakan kembali. Oleh itu mari kita azam hari ini untuk memastikan bahawa baki Ramadan yang tinggal ini akan kita manfaatkan dengan sehabis mungkin moga-moga dengan usaha kita ini akan menjadikan kita orang yang BERTAQWA…
“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan kepada kaum-kaum yang terdahulu agar kamu berTAQWA”…..