SQUAD ADUAN PAS LIPIS MENERJAH MASALAH MASALAH DI SEKITAR LIPIS









Baru baru ini squad Aduan masalah daripada PAS kawasan lipis telah turun meninjau masalah rakyat di kompleks alamanda bersebelahan dengan bangunan Maybank.








peniaga kedai disitu mengadu hal berkenaan dengan bau busuk daripada tong sampah berdekatan dengan kedai kedai mereka yang tidak diselenggara dengan baik. Walaupun sampah sampahnya dikutip namun ianya tidak dikutip sehingga bersih. terdapat banyak sisa sisa sampah yang tinggal dan ianya dibiarkan sehingga sisa sisa tersebut berbau busuk dan dapat dihidu sehingga ke kedai kedai makan mereka.








Ini menyebabkan pelanggan pelanggan disitu merasa kurang senang dengan bau tersebut. begitu juga para pejalan kaki dan pengguna kenderaan yang parking dan melalui jalan di kawasan parking alamanda tersebut berasa kurang senang dengan bau yang menusuk hidung tersebut.








justeru PAS kawasan lipis berharap pihak ALAM FlORA dan Majlis Daerah Lipis dapat mengambil tindakan lanjut mengenainya..

PANDANGAN DARI YB KHALID SAMAD ISU DI SELANGOR

EHSAN : www.khalidsamad.com

Thursday, August 13, 2009
Respon Kepada Pengunjung Ogos

Harap maaf kerana tidak menulis respon lebih awal. Tetapi sememangnya, semenjak balik dari Kelate, program datang berturut-turut. Mungkin tuan-tuan sendiri telah dapat bersama mengikuti sebahagian daripadanya, tetapi bagi yang tidak, saya senaraikan secara ringkas aktiviti saya beberapa hari kebelakang ini.

Saya sertakan kegiatan saya seperti di atas bukannya apa, tetapi kerana ada juga yang bertanya kemana perginya, lama senyap dan tidak memberikan sebarang respon kepada apa yang berlaku, terutamanya apa yang berlaku di Shah Alam. Saya hanya mampu memohon maaf kepada para pengunjung kerana tidak sempat menulis. Walaubagaimanapun kali ini saya hanya akan sentuh dalam bentuk isu yang telah dibangkitkan dan tidak dapat menjawab komen/pertanyaan tuan-tuan satu persatu.

1.Isu Kawalan Jualan Arak di Shah Alam
Ada pihak yang bertanya pendirian saya. Eh, macam tak baca pula bahawa ianya bermula di Shah Alam. Hanya kaedah kami di Shah Alam membawa pendekatan yang berbeza. Kami mulakan dari bawah. Penduduk sendiri yang meminta supaya ianya tidak dijual. Kaedah sebegini tidak dilihat sebagai pendekatan memaksa. Sebaliknya pemerintahan yang mengikut kehendak permintaan rakyat.

Dasar rancangan kami ialah untuk melancarkan kempen kesedaran dan keburukan minuman keras melalui kerjasama MBSA, dengan menjemput sekali Muslim dan non-Muslim bersama rakan-rakan PR. Bermula dengan penerangan dan kesedaran.

Sekarang sudah pun jadi lain. Enekmen JAIS. Namun tetap berperingkat, tetapi lebih bersifat dari atas ke bawah. Kaedah penguatkuasaan. Tiada penerangan, tiada kempen kesedaran. Mengejut. Selepas itu, dah jadi PAS bertelagah dengan DAP dan tanpa perlu dijemput, disorak UMNO.

2.Isu Ronnie Liu
Bagi saya Ronnie Liu bukanlah isu. Sepertimana saya jelaskan, beliau dilihat dari sudut arahan mesyuarat Exco yang telah memutuskan menangguh dahulu perlaksanaan permintaan ini sehingga digubal rang undang-undang dan garis panduan baru. Dia menganggap MBSA mengingkari arahan kerajaan PR. Oleh itu dia marah.

Memang masalah ‘sabotaj’ terhadap arahan kerajaan Negeri ada berlaku. Ronnie menyangka ini adalah juga satu pengingkaran dan sabotaj. Beliau tersilap. Hakikatnya, MBSA menganggap arahan kerajaan Negeri hanya untuk yang belum mencapai persetujuan dan keputusan. MBSA telah pun mencapai persetujuan di kalangan semua ahli majlisnya. Termasuk Seow, wakil dari DAP. Dia menyokong pengharaman jualan arak di kawasan majoriti Muslim di kedai-kedai runcit, 7-eleven dan sebagainya.

Isu Ronnie in sebenarnya mudah sangat ditangani. Tanpa perlu kita berbalah. Hakikatnya apa yang kita semua inginkan adalah kawalan yang lebih ketat terhadap penjualan bir dan pengharaman jualannya di kawasan majoriti Islam di kedai-kedai tertentu. Bukan bergaduh dengan DAP yang merupakan rakan kita di dalam PR.

3.Perselisihan Dengan DAP
Ada yang menganggap kalau kita gaduh dengan DAP, nama PAS akan bertambah harum. Melayu akan bertambah menyokong PAS. Itu satu andaian yang amat meleset. Yang bertepuk dan bersorak adalah Melayu UMNO. UMNO memang nak tonjolkan DAP sebagai musuh Islam. Sekiranya ummat Islam meyakini itu, mereka akan menolak DAP. Bila tolak DAP, mereka akan menolak PR. Kerana DAP bersama PR. Apabila ditolak PR, PAS turut tertolak. Yang kekal untung adalah UMNO.

Inilah sebabnya dari dulu hingga sekarang strategi UMNO ialah untuk menuduh DAP musuh Islam. Dulu Teresa, baru-baru ini Ronnie dan sekarang Loke.

Kalau PAS ikut serta demi mendapat populariti di kalangan orang Melayu, cuba tunjuk hero, PAS masuk perangkap UMNO. Lebih teruk, kita menzalimi mereka yang sedang ingin berdamai dan mengenali Islam. Mungkin di sinilah ayat Surah Al-Anfal 61 lebih tepat digunakan. Ayat itu memang berhubung orang bukan Islam yang nak berdamai bukan terhadap puak-puak seperti UMNO.

“Dan sekiranya mereka condong untuk berdamai, hendaklah kamu juga condong kepadanya”
Walaupun mereka bukan Islam, tidak bererti kita boleh sewenang-wenang sesiapa sahaja boleh menuduh mereka memusuhi Islam. Lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri menegaskan sebaliknya. Sudah pasti tindakan sebegitu tidak adil. Tidakkah Allah memerintah kita bertindak adil walaupun terhadap golongan yang tidak kita sukai? Terhadap musuh sekalipun? Bahawa keadilan itu lebih mirip kepada keTaqwaan?

Jika ingin cetuskan perbalahan dengan DAP dari sudut politik sekali pun, ini hanya akan membuang masa. PAS tidak bertanding melawan DAP. Tiada walaupun satu kerusi yang PAS bertanding melawan DAP di kawasan bukan Melayu. Semua kerusi yang PAS tandingi, PAS lawan UMNO. Jika PAS serang DAP dan tuduh DAP musuh Islam dan lanyak DAP sehinggakan betul-betul Melayu bencikan DAP sekalipun akhirnya bukan DAP yang akan kita hadapi. Kita hadapi UMNO. Maka UMNO akan berkata, “DAP bersama PR. Kalau tidak mahukan DAP, maka tolak PR”. Oleh itu, PAS akan turut ditolak.

Strategi yang terbaik adalah seperti yang digunakan di Perak. DAP beritahu orang bukan Islam PAS adalah rakan yang baik dan bukan ekstrimis, PAS pula beritahu orang Islam yang DAP bukan anti Islam dan tidak chauvanis. Dan itulah keadaan yang sebenarnya! Label ekstrimis agama yang dilemparkan terhadap PAS adalah dakyah jahat UMNO sepertimana juga label ‘anti-Islam’ terhadap DAP. Ianya hanya tuduhan-tuduhan yang bertujuan untuk melagakan PAS dan DAP.

Melalui strategi mudah ala-Perak, orang bukan Islam akan tidak takut pada PAS dan mereka sokong PR. Orang Islam tidak takut lagi dengan DAP dan mereka mula sokong PR. Memang UMNO memberitahu orang Melayu PAS dikudakan oleh DAP. Tetapi mereka juga beritahu orang Cina DAP dikudakan oleh PAS! Apalah yang nak dengar cakap orang UMNO sangat ni?

4.Isu Loke
Ada yang marah kata saya bela Loke. “Baik sangat pada DAP”, kata mereka. Eh, setahu saya, saya hanya membenarkan penjelasan Loke disiarkan di blog saya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan mereka sendiri. Adakah adil sekiranya kita tidak mendengar penjelasan pihak yang tertuduh? Atau memberi peluang supaya pembelaan dirinya didengari? Itu macam ISA aje...?

Saya sendiri sebenarnya tidak bersetuju secara dasarnya dengan tindakan Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang telah mempertikaikan peribadi mendiang Teoh Beng Hock. Beliau sudah mati. Beliau mangsa kezaliman. Di tangan orang Islam. Di bawah kerajaan yang mendakwa ianya Islam.

Sebagai orang Islam, demi menjaga nama baik Islam, kita patut menuntut keadilan untuk beliau. Bukan mengalihkan pandangan masyarakat kepada persoalan lain. Walaupun terdapat isu sampingan yang boleh kita bincangkan. Saya merasakan tulisan Dr. Ridhuan begitu tidak prihatin kepada perasaan keluarga mendiang. Kalau ini mahu dinamakan dakwah, entah mana beliau dapat kaedah ini.

Sebagai contoh mudah, jika kita mengambil pendekatan mengalihkan isu utama yang dibincangkan kepada satu isu yang lain, dahulu apabila mendiang Lim Goh Tong meninggal, tiada pula Dr. Ridhuan bersuara. Adakah beliau redha dengan empire perjudian Lim Goh Tong dan kesan judi terhadap generasi muda? Tidakkah beliau khuatir kejayaan yang tercapai hasil empire sebegini akan menjadi contoh ikutan dan apa yang berlaku terhadap masyarakat?

Mendiang Lim mendapat pengkebumian taraf negarawan. PM pada masa itu turut hadir dalam majlis pengkebumian beliau. Terdapat siaran langsung lagi. Tiada pula Mufti mana-mana negeri bersuara. Tunduklah, hormatlah dan sebagainya. Mentang-mentanglah dia kaya, Beng Hock tidak. Mentang-mentang dia BN, Beng Hock bukan.

Kalau teringin mempertikaikan keperibadian orang sekalipun, kenapa pilih yang telah mati? Tu hah, Soi Lek tu ada. Pertikailah dia. Hah. Baru-baru ini Najib ke Batu Caves. Yob, sila beritahu Mufti kerajaan Lanun tu Yob. Mungkin dia tak perasan. Ingin dengar juga fatwa dia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Posted by Khalid Samad at 2:47 PM Labels: Respon
10 comments:
muya said...
YB ni tak baca tranungkite, kedahlanie etc ke? memang ramai orang melayu yang panas hati dengan DAP. dan sikap panas hati ini mungkin akan diterjemahkan pada kertas undi. tak perlu BN pun, DAP dah menjadi liabiliti kepada PR

komen-komen pasal ridhuan tee ni, tak teringin ke nak komen pasal lim guan eng perli poligami? tak nak komen ke pasal jeff ooi hina JIM dan seterusnya menghina islam?

hanya orang yg buta dan pekak saja tidak tahu sifat extremist DAP

August 13, 2009 3:47 PM
Anonymous said...
salam.........

tahniah Y.B atas ulasan isu2 yg berkaitan lebih2 lg isu air setan tu........Takbir ! Allahuakbar !

August 13, 2009 4:25 PM
Anonymous said...
excelant piece from you YB khalid.

saya amat sedih apabila ada ahli PAS sendiri yg terkeliru dgn isu isu ini.apa yg payah sgt nak faham.

mungkin kerana ada segelinrir pimpinan PAS sendiri yg mahu ahli pas terkeliru.

August 13, 2009 4:39 PM
Anonymous said...
YB,
Do read this piece from malaysiawaves..
http://www.malaysiawaves.com/2009/08/konspirasi-membuang-yb-saari-sungip-dan.html

There are too many UMNO moles,double agents in PAS.The big question is does the president of PAS have the courage to get rid of them?

August 13, 2009 9:06 PM
Anonymous said...
UMNO has been very succesful in issue diversion and also the implementation of "Divide and Rule".
Now suddenly we talk and argue over sales of beer that had been authorised by UMNO/BN in the first place, but now blamed on Pakatan.
Now can anybody still remember some serious outstanding issues like:
1) What has happened to the case of Mongolia tanya?
2) What has happened to Istana Toyol?
3) What has happened to the land scams uncovered in Penang, Perak and Selangor?
4) What has happened to PI Bala?
5) What has happened to the Myanmar doctor examined Saiful's rear end, declared him a rear end virgin, but had to flee Malaysia after that?
6) What has happened to the case of Correct Correct Correct?
..and so many more cases, all suddenly very quiet, and all we talk about is beer. Really so much nonsense.

August 13, 2009 9:15 PM
Anonymous said...
bagus la...berbaik sesama makhluk kan pekerti mulia...buat ape syak wasangka pada sesama makhluk...
kalo ase waspada ngan dap just siap sedia je la...org tu niatnye baik..tapi kalo kita da syak wasangka yg buruk je...sape yg dapat dosa..kita ooo

August 13, 2009 9:24 PM
sinach zawawi said...
YB,
saya xnak mengulas isu lain, tp pasal kematian beng hock..benarkah dia mati kerana kezaliman dan 'bekas' tangan org islam? terbukti belum dia mati dibunuh atau kemalangan? adekah YB terus merumuskan SPRM yg bersalah dlm hal ini? kalo ye, sama mcam ISA,tanpa bicara YB sudah menghukum.. nasib baik kuasa mengISA tdak di tgn YB.. sampai masa kita menyelidik kembali ape yg dibuat..byk menunding ke arah pihak lain,tanpa sedar kita melakukannya juga..

wallahua'lam

me against ISA

August 13, 2009 10:37 PM
Anonymous said...
In the next general election my family and I will vote for any PAS candidate from the anti-unity BN/PAS faction. They talk sense. Of cause the other faction talk nonsense. Fr. Anak Bangsa Malaysia

August 13, 2009 10:40 PM
matmantau said...
kesimpulannya.. teringat pesan dialog Tokmantau & Matmantau…

Matmantau : tok.. tok.. …
Tok : ya cu…
Matmantau : mana baguih.. kawan dgn. org. Islam yg. buat2 tak tahu pasal Islam atau org. bukan Islam yg. memang tak tahu pasal Islam
Tok : Baguih, mai kita tanya Tok Khalid..…
Wassalam…

August 13, 2009 10:53 PM
Vincent Chow said...
Salam sejahtera,
Saya seorang "social drinker" bermakna saya hanya minum alkohol sekali - sekala bersama dengan member. Pada pendapat saya, samada alkohol dijual atau tidak di kawasan Shah Alam tidak memberi sebarang kesan kepada saya & rakan - rakan minum saya. Sepanjang pengetahuan & ingatan saya, kami tidak pernah pergi membeli stok kami di mana - mana 7 Eleven. Tidak di Shah Alam, dan tidak dimana - mana 7 Eleven di Malaysia.

Saya menyokong penuh pengharaman penjualan alkohol di seluruh Shah Alam. Ini kerana saya difahamkan kebanyakan pembeli alkohol di 7 Eleven adalah terdiri dari golongan remaja muslim. Saya juga tidak berharap anak saya sewenang - wenangnya boleh menikmati alkohol apabila dia remaja kelak. Saya rasa ini adalah satu usaha baik PAS untuk membendung gejala sosial di negara ini. Tambahan pula, di Shah Alam sudah tidak ada sebarang pusat hiburan, panggung wayang, penjualan ekor judi dll. Oleh itu, tidak ada bezanya jika tidak ada alkohol sekalipun.

Sekurang - kurangnya ada terdapat satu kawasan di Malaysia yang bebas dari sebarang hiburan atau aktiviti yang haram dari sudut semua agama. Di sini, penduduk ada pilihan. Jika mereka inginkan pelbagai hiburan, boleh tinggal di Klang, dan jika mereka inginkan ketenteraman, boleh tinggal di Shah Alam.

Vincent Chow

August 14, 2009 4:29 AM

KP PAS PAHANG LWN KP UMNO PAHANG

KETUA PEMUDA PASA PAHANG CABAR KETUA UMNO PAHANG BERDEBAT

MEMBACA TULISAN SAHABAT SAYA ILHAM NAJMI KETUA PEMUDA PAS PAHANG YANG MENCABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG SDR ABU JIMI YANG JUGA SAHABAT SAYA UNTUK BERDEBAT DALAM " ISU PENGHKIANATAN ORANG MELAYU" SAYA MERASA TERPANGGIL UNTUK MEMBERI SEDIKIT RESPON DALAM HAL INI
BAGI SAYA SDR ABU JIMI YANG SAYA KENALI ADALAH ORANG YANG PANTANG DI CABAR. SAYA MERASAKAN BELIAU PASTI AKAN MENYAMBUT CABARAN DARIPADA USTAZ SUHAIMI. TINGGAL LAGI MUNGKIN ADA HALANGAN DARIPADA PIHAK ATASAN BELIAU . JIKALAU ABU JIMI SANGGUP MENERIMA CABARAN INI BAGI SAYA BELIAU LEBIH BERANI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN IDOLA BELIAU IAITU SDR KHAIRI JAMALUDDIN KETUA(KJ) PEMUDA UMNO MALAYSIA. SEPERTIMANA YG KITA TAHU KJ BELUM MEMBERI JAWAPAN UNTUK BERDEPAN DENGAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT.
SAYA RASA ELOK LA SAHABAT SAYA INI MENERIMA PELAWAAN DAN CABARAN USTAZ SUHAIMI.
DISINI SAYA SELITKAN CABARAN ITU YANG DI SIARKAN DI BLOG USTAZ SUHAIMI
SAYA CABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG BERDEBAT
Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mula mengumpulkan tanda tangan untuk menyokong Tan Sri Muhyidin dalam isu Pengkhianat Melayu. Abu Jimi Samad juga bersedia bertindak sebagai saksi untuk membela tuannya.
Saya tercari cari hujah dan fakta pengkhianatan terhadap Melayu sebagaimana tuduhan itu. Saya cuma jumpa 2 fakta yang langsung tak relevan. Menurut Abu Jimi sebagaimana dipetik oleh Utusan, Pemimpin pembangkang itu (DSAI) katanya

1. Bertanggung jawab cuba untuk menghapuskan hak orang Melayu
2. Menganjur demonstarsi jalanan.

Namun ada baiknya setiap apa yang kita ucapkan berlandaskan pada Fakta dan bukti. Beliau seharusnya membuktikan pengkhianatan itu terlebih dahulu sebelum mengutip 100,000 tanda tangan.

Pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu dan Islam adalah UMNO.

Justeru itu selaku Ketua dewan Pemuda PAS Pahang, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, saya mencabar rakan sejawat saya Saudara Abu Jimi Samad untuk berdebat atas tajuk "52 tahun Merdeka: Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu"

Saya sangat mengharapkan Saudara Abu Jimi tak menjadi manusia pengecut sebagaimana ketuanya Khairi Jamaluddin. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan menghantar surat rasmi mencabar beliau berdebat

isu kenyataan loke siew fook terhadap ridhuan tee

ehsan http://amkbagandatoh.blogspot.com/2009/08/hina-islam-kenyataan-loke-siew-fook.html

Hina Islam - Kenyataan Loke Siew Fook
Posted by AMK BAGAN DATOH at 06:36

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang Ahli Parlimen PR yang cuba menghentam saya kononnya saya menghina agama Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran; komen dalam blog saya, emel dan sebagainya untuk mencaci saya dengan perkataan-perkataan rasis dan menjijikkan.Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock.Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam.Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock. Yang keduannya, kenyataan daripada Ahli Parlimen tersebut mengatakan bahasa yang digunakan oleh DAPSY mencaci agama Islam (petikan daripada sebuah blog).Saya ingin menegaskan bahawa bahasa-bahasa yang tidak senonoh tersebut BUKAN sebahagian dari kenyataan saya tetapi adalah komen-komen daripada pembaca blog tersebut yang saya tidak bertanggungjawab.Saya tidak tahu samada YB tersebut sengaja memutarbelitkan fakta atau tidak faham baca kenyataan akhbar. Memang kita menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang kerja mereka saban hari ialah cuba mengambarkan DAP sebagai parti anti-Islam.Agenda mereka cukup diragui dan sememangnya ada "udang di sebalik batu".Rakan-rakan dan para penyokong PR khasnya dari PAS di NS yang pernah mendengar ceramah saya mengenali siapa saya dan cara pemikiran saya. Saya menghormati semua agama dan kaum. Saya tidak akan membalas orang yang menggunakan perkataan yang cukup rasis terhadap saya dengan perkataan yang sama. Kalau kita dalam PR mempunyai fikiran begitu, kita hanya akan jatuh dalam perangkap UMNO!Saya yakin majoriti orang Muslim di Malaysia menolak cara pemikiran yang rasis seumpama itu.Saya "reproduce" kenyataan saya di bawah ini dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai kenyataan tersebut.Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya on Tuesnesday, 4th August 2009:Mohd Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock’s family and two chinese language dailies!It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.
Isnin, 2009 Ogos 10

Projek bermasalah di Chegar Perah

Posted on 15 July 2009 by paslipis ehsan http://www.paslipis.wordpress.com

Pada bulan Jun 2009, bersama Pemuda PAS Lipis, kami berkesempatan melawat Kg. Chegar Perah. Kampung ini berjiran dengan Kg. Aur Gading dan Felda Chegar Perah. Dulunya, penduduk menggunakan keretapi untuk ke bandar Lipis atau ke Padang Tengku. Kini, sudah disediakan jalan kecil berturap samada melalui Bukit Betong atau Kg. Kechau Tui.

Mengikut seorang penduduk yang kami temui, kampung tersebut memerlukan perhatian dari wakil rakyat dan kerajaan. Kes yang kami lawati pada hari itu ialah sebuah rumah ibu tunggal yang dirombak oleh Umno bagi tujuan membina semula secara gotong-royong. Namun, selepas `sesi gotong-royong’ tersiar di akhbar Sinar Harian, pembinaan rumah tersebut terbengkalai. Antara puncanya ialah peruntukan lambat diterima bagi membeli bahan-bahan binaan.

Projek bermasalah yang saya mahu nyatakan di sini ialah kemudahan bekalan air bersih bagi kampung tersebut. Menjelang PRU 12, pihak yang mendapat projek telah menjalankan kerja pemasangan paip air beserta meter di setiap rumah. Mereka menggunakan sumber air yang berpunca dari dalam tanah (ground water) di suatu tapak yang dipilih. Umno/Bn sendiri mempromosikan projek ini dan menjadikan ia bahan kempen sempena pilihan raya tersebut.

Namun, apa yang berlaku, projek ini terbengkalai (selepas siap). Penduduk menghadapi masalah untuk menggunakan air yang dibekalkan tanpa dirawat terlebih dahulu. Menurut penduduk, jika mereka mandi dengan menggunakan air tersebut, badan tidak selesa dan rambut menjadi `keras’. Masalah ini telah dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab, namun belum ada tindakan pembetulan atau penambahbaikan dilakukan. Projek ini difahamkan menelan kos yang tinggi.

Saya telah merujuk kepada seorang ahli kimia, Prof. Md Pauzi Abdullah mengenai perkara ini. Menurut beliau, jika mahu menggunakan telaga atau air bawah tanah, tempat yang hendak digali atau digerudi perlu diselidiki dari segi kualiti air dan komponen logam yang terkandung dalam tanahnya. Katanya, jika di situ terdapat air jenis liat (hard water), pengguna akan mendapati sabun tidak berbuih sewaktu membasuh. Ini kerana, terdapat kandungan kalsium dan magnesium yang terlarut di dalam air tersebut.

Jika di dalam tanahnya mengandungi logam-logam atau mineral seperti besi dan Manganese, pengguna air akan mendapati badan mereka dilitupi oleh selaput yang berpunca dari mendakan seperti karat atau `stain’. Jika air itu digunakan untuk membasuh, kesan kotor ini akan jelas kelihatan pada pakaian.

Projek air yang bermasalah ini perlu diselesaikan. Wang rakyat telah habis digunakan. Apakah pihak yang menawarkan tender tidak membuat kajian kesesuaian tapak dan kualiti air bawah tanah sebelum memulakan projek ? Atau ada misteri lain yang perlu dibongkar ? Wahai YB dan bakal YB, turunlah ke kampung ini untuk mencari jalan penyelesaian.

Golf Empang Jaleh Sukar Dipulih ?

Posted on 21 July 2009 by paslipis ehsan:http://www.paslipis.wordpress.com
Menurut seorang penceramah, Golf bagi beliau adalah Golongan Orang Lemah Fikiran. Hujah beliau, di bawah panas terik mentari, pemain golf begitu asyik memukul bola di tengah padang. Bersukan atau berjemur ? Namun bagi mereka, bermain golf ada class ! Permainan ini memakan belanja besar. Berlatih di `driving range’ kena bayar. Belum lagi dikira wang yang digunakan untuk membeli set kayu golf, bola golf dan bayaran permainan.

Di Lipis, terdapat juga padang golf yang dikenali sebagai Kelab Golf Empang Jaleh. Golf ini terletak 14 km dari bandar Kuala Lipis dan 7 km dari jalan utama (Lipis – Gua Musang). Dulunya, ia menawarkan permainan golf 18 dan 9 lubang.

Kami bersama pemuda Lipis telah membuat tinjauan untuk melihat sendiri projek sakit ini. Padang yang luas kini terbiar. Jika ia dijadikan kawasan pertanian atau perladangan, tentulah sudah memberikan hasil lumayan. Ini kerana, ladang sawit yang mengelilingi padang golf tersebut adalah begitu subur.

Di samping itu, rumah kelab yang didirikan di bahagian pintu masuk begitu terbiar. Banyak kemudahan yang sudah dirosakkan. Bangunan rumah kelab ini agak besar dan jika ia dijadikan tempat latihan seperti`marginal training’ atau program bina ketahanan diri, tentu sudah ramai yang mendapat manfaat.

Kami yakin bahawa Golf Empang Jaleh ditutup kerana tidak mendapat pulangan atau dengan kata lain, mengalami kerugian. Projek yang menggunakan wang rakyat tetapi tidak menguntungkan rakyat. Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan memetik komen seorang pemain golf tentang Golf Empang Jaleh (dipetik dari blog:ahmadatalib.blogspot.com):

I CAN’T imagine why anyone would want to play golf in the jungle of Kuala Lipis. It may be a novelty in the beginning, but it has apparently worn off. I stumbled upon this yesterday on my way from Kuala Lumpur to Kota Baru via the Gua Musang road.

The signage reads Empang Jaleh Golf Club, located within the Kuala Lipis district. If you take the Gua Musang road to the east coast, just before you reach Kg Bapong, about 290km from Kota Baru, you can’t miss it.

The signage says the club is located 7km from the main road. I turned in feeling very curious every step of the way. If I’m a true golfer, I’d have been quite upset at what I saw.

If the club is built by the district office, I’d be even more upset, especially if it was constructed using the rakyat’s money. I hope I’m wrong, and if so I readily apologise. Spread over a large area in the jungle (one chap told me it covers some 100 hectares), the club is said to be tendered out soon by the Kuala Lipis District Office.

Does this mean the District Office owns it? Much money must have been spent to construct roads to the club house and the 18-hole course. I’ve not been able to get any information on the golf club, except that everything has been cleared out except for the club house which have seen better days.

PROGRAM PAS DAPAT SAMBUTAN

SALAM PERJUANGAN .........

ALHAMDULILLAH SEMAKIN LAMA PROGRAM PAS MENDAPAT TEMPAT DI HATI RAKYAT. TERBARU PROGRAM TAKAFUL YANG DI PERKENALKAN PAS PAHANG TELAH DI SERTAI OLEH PELBAGAI GOLONGAN DAN BANGSA.
PADA 9hb OGOS 2009 SAYA TELAH DI AMANAHKAN OLEH PARTI UNTUK MENYAMPAIKAN KHAIRAT KEMATIAN SEBANYAK RM 1000 SETELAH PESERTA TAKAFUL KELOMPOK IAITU PAPPATHI A/P MUTUSAMY 72TH MENINGGAL DUNIA.

SUMBANGAN TERSEBUT DISERAHKAN KEPADA WARIS BELIAU IAITU M.A.RAMESH. MENGIKUT PLAN TAKAFUL TERSEBUT WARIS AKAN MEMPEROLEHI RM 3000 DAN SEBANYAK RM 1000 DIBERI PADA HARI KEMATIAN. SELEBIHNYA AKAN DISERAHKAN DI WAKTU LAIN .MENGIKUT MAKLUMAN MENDIANG BARU MENDAFTAR SEKITAR 2 MINGGGU.

SEKARANG TELAH TERBUKTI PROGRAM YANG DI ANJURKAN OLEH PAS MENDAPAT TEMPAT DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TELAH MENINGKAT KEPADA PAS. INSAALAH AKAN BANYAK LAGI PROGRAM PROGRAM YANG AKAN DI JALANKAN OLEH PAS UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT .