KP PAS PAHANG LWN KP UMNO PAHANG

KETUA PEMUDA PASA PAHANG CABAR KETUA UMNO PAHANG BERDEBAT

MEMBACA TULISAN SAHABAT SAYA ILHAM NAJMI KETUA PEMUDA PAS PAHANG YANG MENCABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG SDR ABU JIMI YANG JUGA SAHABAT SAYA UNTUK BERDEBAT DALAM " ISU PENGHKIANATAN ORANG MELAYU" SAYA MERASA TERPANGGIL UNTUK MEMBERI SEDIKIT RESPON DALAM HAL INI
BAGI SAYA SDR ABU JIMI YANG SAYA KENALI ADALAH ORANG YANG PANTANG DI CABAR. SAYA MERASAKAN BELIAU PASTI AKAN MENYAMBUT CABARAN DARIPADA USTAZ SUHAIMI. TINGGAL LAGI MUNGKIN ADA HALANGAN DARIPADA PIHAK ATASAN BELIAU . JIKALAU ABU JIMI SANGGUP MENERIMA CABARAN INI BAGI SAYA BELIAU LEBIH BERANI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN IDOLA BELIAU IAITU SDR KHAIRI JAMALUDDIN KETUA(KJ) PEMUDA UMNO MALAYSIA. SEPERTIMANA YG KITA TAHU KJ BELUM MEMBERI JAWAPAN UNTUK BERDEPAN DENGAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT.
SAYA RASA ELOK LA SAHABAT SAYA INI MENERIMA PELAWAAN DAN CABARAN USTAZ SUHAIMI.
DISINI SAYA SELITKAN CABARAN ITU YANG DI SIARKAN DI BLOG USTAZ SUHAIMI
SAYA CABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG BERDEBAT
Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mula mengumpulkan tanda tangan untuk menyokong Tan Sri Muhyidin dalam isu Pengkhianat Melayu. Abu Jimi Samad juga bersedia bertindak sebagai saksi untuk membela tuannya.
Saya tercari cari hujah dan fakta pengkhianatan terhadap Melayu sebagaimana tuduhan itu. Saya cuma jumpa 2 fakta yang langsung tak relevan. Menurut Abu Jimi sebagaimana dipetik oleh Utusan, Pemimpin pembangkang itu (DSAI) katanya

1. Bertanggung jawab cuba untuk menghapuskan hak orang Melayu
2. Menganjur demonstarsi jalanan.

Namun ada baiknya setiap apa yang kita ucapkan berlandaskan pada Fakta dan bukti. Beliau seharusnya membuktikan pengkhianatan itu terlebih dahulu sebelum mengutip 100,000 tanda tangan.

Pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu dan Islam adalah UMNO.

Justeru itu selaku Ketua dewan Pemuda PAS Pahang, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, saya mencabar rakan sejawat saya Saudara Abu Jimi Samad untuk berdebat atas tajuk "52 tahun Merdeka: Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu"

Saya sangat mengharapkan Saudara Abu Jimi tak menjadi manusia pengecut sebagaimana ketuanya Khairi Jamaluddin. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan menghantar surat rasmi mencabar beliau berdebat

2 comments:

EX SUB LIPIS said...

Ini lah kerja pemuda pas dan pemimpin nya,tak ada kerja lain sikit2 cabar,sikit cabar.Sikit sikit nak berdebat,apakah keputusan debat itu boleh membawa manafaat kepada sesiapa,jawab nya tentu tidak.
Saya tolong bagi pandangan kerana saya agak jimi dan rakan2nya tentu tak baca pun blog awak orang ni.
Dulu semasa sekolah tak nak pulak masuk pasukan debat sekolah boleh wakil malaysia berdebat diarena antarabangsa.Sudahlah jangan lah duk nak cabar orang itu orang ini,buat kerja lain lagi banyak faedah.
Ini ada yang tak cukup dengan blog,ada pulak yang kutuk jimi dalam sinar harian,tapi tak taulah siapa,jangan buat kerja tak berfaedah lah.

Anonymous said...

weh....kalo deme nak menang mintaklah TOK GURU NIK AZIZ tolong doakan...kih kih kih.....