kongsi email dari sahabatku ;walaupun sudah pergi namun ustaz fadhil terus di ingati


Subject: Antara Sayyidina Umar Abdul Aziz & Lim Guan Eng

Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Penang ..

Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz.
Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....

Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini....

Bagaimana kita orang Islam?....


Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."

Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai2 doakan supaya makbul niat & hajatnya.
Ini akan memberi satu tamparan yg hebat pd Karpal Singh

dipetil dari email daripada sahabatku zaki.

takziah buat sahabat kita Suhaimi Sulaiman


pagi tadi Ayahanda beliau telah dipanggil ke Rahmatullah. Semoga Rohnya dicucuri rahmat. Amin

Muktamar Pemuda Negeri kali ke 26



Muktamar Pemuda berlangsung dengan begitu meriah pada kali ini.Para perwakilan tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Mesyuarat dirasmikan oleh Ybg ust Dato tn Ibrahim Tm Man.
Seperti biasa ucapan beliau begitu menyetuh hati perwakilan.
Pada muktamar ini juga diumumkan perletakan jawatan ust Nasrudin hasan sebagai Ketua Pemuda. Jawatan beliau dipangku oleh Ust Suhaimi saad.

Posted by ShoZu


Mesyuarat Agung tahunan PAS Lipis Kali ke 40



Mari mari daftar dulu bapak bapak ibu ibu yaa..


Perasmian disempurnakan oleh YB Dr Fadzli iaitu exco Kerajaan Negeri kelantan. banyak cerita cerita menarik yang beliau bawa pada majlis perasmian tersebut.. antaranya pasal petukaran kerajaan pusat.. yang isyaAllah begitu kuat untuk jadi betulnya... Ameen.


Antara lain YB Dr fadzil juga menyarankan supaya para ahli terus menjalankan tugas masing masing untuk menarik pengundi mendaftar sebagai ahli PAS. Pada majlis perasmian itu juga hadir Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum INdia iaitu En Balasubramaniam. Yb Dr membawa hadirin mengimbau bagaimana PAS berjaya membentuk sebuah negeri yang harmoni walaupun kaum bukan melayu adalah minoriti di negeri kelantan. Beliau mengambil contoh pada peristiwa 13 mei 1969, ketika darah darah bukan melayu mengalir di Kuala Lumpur dan negeri negeri lain, kaum bukan melayu selamat dan tidak berasa terancam berada dibawah pemerintahan PAS ketika itu. begitula jika negeri ditadbir mengikut ISlam pasti selamat.


En Balasubramaniam menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin, namun ucapannya pada hari itu cukup untuk membuatkan kami semua naik bulu roma lantaran bersemangat untuk terus berjuang didalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS). "Mengambil bahawa Islam itu adalah rahmat bagi sekalian alam, dan kami orang bukan Islam adalah termasuk didalam alam itu, maka kami yakin akan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS akan membawa keadilan kepada semua kaun dan kami akan turut bersama PAS untuk berjuang." kata kata beliau itu disambut dengan laungan takbir Allahukabar ..

farisal ditimpa musibah


farisal senyum dalam sakit kot

rombongan pemuda menziarahi beliau

ameen ameen ya rabbal alamin, semoga cepat sembuh yaa.

Mesyuarat Agung Pemuda PAS Lipis


Perasmian disempurnakan oleh Ybhg Sdr DR Nilam Abd Manaf Exco DPP Negeri Pahang yang juga bekas calon Parlimen Lipis.
Antara lain beliau menggesa Pemuda supaya menambahkan lagi jumlah kemasukan ahli kedalam PAS. Perkuatkan parti bagi persediaan untuk menyambut kemenangan InsyaAllah. Takbir... Allahuakbar.

Alhamdulillah kami selesai menunaikan tanggungjawab untuk melaksanakan AGM. Antara perkara yang dibangkitkan tadi adalah
1)isu calon-- perlu mulakan kerja awal untuk tarik pengundi
2)teruskan program tarbiah bagi membina ahli.
3)Pergiatkan program kebajikan.
dan beberapa perkara lagi..

picnic di Lata Jarum


Suasana Air terjun di lata Jarum


main bola air, pasukan cameroon highland menang 15 berbalas 14