jangan siakan baki Ramadan yang tinggal


Kalau nak ceritakan tentang kelebihan Ramadan memang banyak. Didalam bulan Ramadan disyariatkan kepada seluruh umat Islam untuk berpuasa, maka digelar juga bulan Ramadan sebagai bulan puasa. Mengikut kajian sains juga mengatakan bahawa dengan berpuasa dibulan Ramadan ini dapat menyihatkan badan. Tetapi Ramadan bukanlah sekadar suatu tempoh masa untuk kita berpuasa semata-mata. Dalam bulan Ramadan telah terhimpun dengan pelbagai macam keberkatan. Oleh itu lebih sesuai kita gelarkan Ramadan sebagai bulan Ibadah ataupun bulan tarbiah.

Puasa dapat mendidik kita mengawal hawa nafsu. Kita pernah mendengar cerita tentang nafsu bagaimana dia tegar untuk tidak mengakui bahawa Allah aalah tuhannya. Akhirnya apabila Allah menyiksanya dengan kelaparan barulah ia mengkui Allah sebagai tuhannya. Oleh itu setiap masa hendaklah dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah agar diri kita dapat diperbaiki kepada yang lebih baik lagi.

Sekarang sudah masuk ke 10 malam terakhir Ramadan, kalau difikirkan kembali apakah ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan tahun ini lebih banyak berbanding dengan bulan-bulan yang sebelum ini. Ataupun sama saja, dan mungkin juga lebih teruk. Seharusnya kita tingkatkan lagi amalan kita dimalam-malam yang terakhir ini, kerana takut boleh jadi Ramadan tahun hadapan tidak sempat bertemu dengan kita. Dalam satu kaedah figh mengatakan ما لا يدرك كله لا يترف كله iaitu bermaksud apa yang tidak dapat dibuat keseluruhannya, jangan ditinggal keseluruhnanya.

Andai kata hari-hari yang lepas kita telah sia-siakan, janganlah kita menunggu Ramadan yang akan datang untuk kita mulakan kembali. Oleh itu mari kita azam hari ini untuk memastikan bahawa baki Ramadan yang tinggal ini akan kita manfaatkan dengan sehabis mungkin moga-moga dengan usaha kita ini akan menjadikan kita orang yang BERTAQWA…

“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan kepada kaum-kaum yang terdahulu agar kamu berTAQWA”…..

Tarbiyah Ramadhan




Ramadhan adalah medan mentarbiyah diri kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira kedudukam mahupun pangkat. Setiap manusia yang mengaku beriman wajib keatasnya berpuasa bermulanya subuh sampai maghrib.

Segala terjadi kerana adanya ayat perintah daripada Allah mengenai wajibnya berpuasa sebagaimana dalam firmannya yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sebagaiman diwajibkan keatas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu mudah-,udahan kamu bertaqwa".
didalam ayat ini kita dapati diakhirnya Allah menyelitkan bahawa barang sesiapa yang berpuasa mak natijahnya adalah ketaqwaan..

Tetapi sejauhmana kita yang berpuasa ini yang masing-masing dah berpuluh-puluh tahun berpusa tapi masih sama lagi keadaannya, masih lagi tolak Al-Quran, masih lagi duk bercouple tanpa batasan, masih lagi beralasan dalam perjuangan, atau masih lagi asyik bermain dengan anak-anak setelah balik kerja tanpa memperdulikan atau memperjuangkan hal umat Islam secara keseluruhan, ehm mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan puasa kita.

Jika kita kaji dan teliti ayat tadi secara mafhum mufaqahnya ... orang yang berpuasa pasti mendapat Taqwa. sebab kalimah La'alla ( mudah-mudahan)didalam al-Quran adalah bermaksud pasti kerana janji tuhan adalah janji yang pasti berlaku.. so marilah kita kaji & teliti kembali diri kita sejauh man penghayatan kita didalam bulan Ramadhan ini.

Finalis akademi nasyid Azhar atan, yg juga k.Pemuda Pas tg Piai Johor


Vote 4 him, mlm ini finale akademi nasyid d tv9. Untuk undi taip: AN AZHAN dan hantarkan ke 33399.

Posted by ShoZu

Ayuh Teruskan dan Istiqamahlah dalam Perjuangan

PELAJAR NAKAL AKTIF PAS: HAK BAIK TAK TAHU KEMANA
Dikirim pada Ogos 14, 2008 oleh idrisahmad
sumber:http://idrisahmad.wordpress.com/2008/08/14/pelajar-nakal-aktif-pas-hak-baik-tak-tahu-kemana/

Pada 8/Ogos/2008 saya dijemput ceramah Isra’ Mikraj di Surau AL-Irsyad Apt Vista Pinggiran Putra dekat pasar Borong Selangor. Program lepas maghrib sepatutnya, tangguh lepas Isyak. Jalan jam maklumlah daripada Kuala Lumpur hari jumaat pula. Lepas itu saya pula sesat jalan. Sembahyang maghrib di RR Air Hitam dekat tol LDP (Lebuh Raya Puchong).

Yang menariknya pada malam itu saya berjumpa bekas pelajar saya di UITM Melaka dahulu. Lepas ceramah dia bagi tau dekat saya, suara ustaz tak ubah macam dulu. Kebetulan ceramah Isra’ Mukraj maka sudah tentu yang disentuh berkenaan dnegan kewajipan solat dan realiti yang berlaku pada hari ini, ramai yang tidak solat. Dia beritahu saya apabila ustaz cerita bab solat ini teringat sewaktu berada di ITM dulu, ustaz selalu bertanya siapa yang tidak solat subuh. Saya adalah salah seroang yang liat solat, sekarang ini tidaklah ustaz.

Memang saya terkenal di kalangan pelajar sebagai pensyarah yang tegas. Kalau ada di kalangan pelajar yang sedang berdua-duan, apabila nampak kereta saya pakat lari lintang pukang. Di dalam kelas semua pelajar perempuan wajib bertudung, kena tutup sampai dada. Saya kata saya hanya berkuasa di dalam kelas ini sahaja. Sekurang-kurangnya 2 jam kamu tidak derhaka dengan tuhan dalam seminggu. Rupa-rupanya ada kesan, selepas dipaksa akhirnya mereka pakai dengan sukarela.

Saya masih ingat dia, biasalah di sekolah pelajar yang terkenal ialah yang baik atau yang nakal. Yang sederhana guru tidak ingat. Yang menariknya belaiu sekarang orang kuat Pas dan menjadi tenaga penggerak penting di cawangan tersebut dalam kawasan Puchong. Saya bertanya beberapa orang yang semasa dengan beliau di ITM dulu, yang terkenal budak baik, maka dia sebuat mereka join Umno dan ada yang tidak peduli perjuangan.

Tetapi inilah realiti yang berlaku dalam alam pelajar. Sebenarnya saya apabila pergi tamrin pelajar di pusat pengajian tinggi, saya kata saya datang ini hanya melepas kewajipan saya sebagai pimpinan jamaah sahaja. Saya bukan percaya sangat dengan kamu. Besok apabila sudah keluar apabila kerja, kahwin, dapat anak dan aktif dengan Pas, baru jumpa saya. Ini baru boleh bagi sijil, kalau tidak saya tidak percaya.

Saya teringat sewaktu menjadi pelajar dahulu Saudara Mohd Sabu yang sering berucap dalam tamrin pelajar. Dia kata dekat kami, saya hanya percaya 20% sahaja di kalangan kamu ini. Waktu itu dalam hati saya tercabar.

Gamak pimpinan Pas kata kami hanya boleh diharap 20% sahaja. Sedangkan kami begitu bersemangat, berani bergaduh dengan puak Umno kampus. Sanggup bertumbuk, dibuang asrama, kena tindakan disiplin. Rupa-rupanya betul, bukan 20% malahan 5% pun tidak saampai yang terlibat dengan Pas.

Saya kata, harap itu tidaklah sangat. Banyak abang dan kakak kamu dulu tipu kami, kerana lepas keluar takut hendak berjumpa dengan kami. Taku saya tanya cawangan mana yang awak aktif. Banyak bekas pimpinan jamaah duduk dekat dengan rumah saya, jumpa cabut lari. Hendak kata tidak faham tarbiah tak betul kerana regunya naqib dengan naqibah, akhirnya kedua-dua rebah dalam perjuangan.

Saya juga pernah di beritahu oleh pemandu YB Doktor Hamdan Mohd Khalid Exco Kerajaan kedah, namanya Nasron.

Beliau ini bekas sekolah agama. Dia kata payahlah ustaz , hendak cari ustaz untuk bimbing kami.

Saya kata fasal apa?. Kawasan anta ini tidak ada orang mengaji agama ka.

Ada jawab dia. Tapi tidak mahu berjuang duduk peluk tubuh dan pemerhati komonwel kot jauh sahaja. Akhirnya hak yang hendak berjuang ini macam kami yang mengaji tidak tinggi, hak pandai tidak mahu berjuang.

Saya Tanya dia fasal apa jadi begitu.

Dia kata depa pandai kerana rajin mengaji tidak sempat hendak ambil tahu bab perjuangan, kami yang kurang dan nakal-nakal sikit ini rajin pergi dengar ceramah dan ikut kuliah Pas itu yang mengaji tidak berapa pandai.

Saya senyap sahaja apabila dengar penjelasan daripada beliau. Ada lojik juga. Pasal hak cerdik kalau tidak ada roh jihad dalam diri, dia takut macam tidak ada tuhan dalam hidup dia.

Dia tidak percaya rezki tangan tuhan, walaupun dia mengaji Usuluddin.

Apabila saya renung perbualan saudara Nasron tadi ada kebenaran juga. Macamlah bekas anak murid saya tadi.

Walau bagaimanapun saya bangga kerana beliau bekas anak murid saya yang aktif dalam Pas walaupun dulu nakal, tetapi sedikit kecewa anak murid dan aktivis yang hebat suatu ketika dahulu tenggealam dengan dunia yang fana’ ini.

izwan said; erm tempat kami pun mengalami masalah sama, namun alhamdulillah masih ada ustaz yang terus berjuang..

Cerita muktamar....

Stadium Indera Mulia

38.”dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya”>asy syura:38<

Allah S.W.T telah menyuruh sekalian hambaNya untuk bermesyuarat setiap kali ingin membuat sebarang keputusan. Ini kerana supaya sebarang keputusan yang hendak dibuat difahami dan dipersetujui oleh semua ahli. Tanpa kesepakatan daripada semua ahli akan menyebabkan sesebuah organisasi itu akan porak peranda, dan dengan bermesyuarat juga dapat menghasilkan keputusan yang lebih tepat ataupun yang paling hampir dengan kebenaran. WALLAHU’alam.


Assalamu’alaikum. Alhamdulillah Muktamar PAS pada tahun ini berjalan dengan lancar sampailah ke majlis penutup pada 17 ogos 2008 hari ahad baru ini. Sebenarnya tak berniat untuk memberi ulasan tentang muktamar baru ni, kerana sudah banyak ulasan dari media dan pimmpinan sendiri. Cuma sekadar ingatan dan harapan daripada penulis agar kita semua dapat mengambil iktibar dan segala intipati sepanjang Muktamar diadakan untuk kita memperbaiki diri menuju kesempurnaan.


Teringat penulis mengenai kata-kata yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sewaktu sesi pidato di Stadium terbuka pada sabtu malam. Tok Guru menyebut bahawa Allah tidak menjadikan agama Islam semata-mata untuk bangsa arab sahaja walaupun Nabi Muhammad adalah dari bangsa Arab. Agama Islam sebenarnya telah menyatukan pelbagai bangsa diseluruh dunia. Begitulah secara rumusannya kata-kata yang keluar daripada mulut Tok Guru. Sebenarnya kita dapat merasai sendiri betapa indahnya ukhwah Islam yang dapat menyatupadukan pelbagai bangsa diseluruh dunia bilamana tampil wakil-wakil daripada Negara lain untuk menyampaikan ucapan masing-masing pada malam tersebut.

Tampil wakil pimpinan gerakan Islam dari negara-negara lain untuk mengucapkan tahniah kepada gerakan Islam di Malaysia dan juga memberi kata-kata semangat kepada kita semua untuk terus berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Subahanallah, indahnya perjuangan Islam, Walau mendapat tentangan seluruh dunia oleh puak-puak yahudi dan anak didik mereka, namun gerakan Islam tetap teguh demi menjulang Islam. Inilah salah satu yang ingin penulis kongsikan bersama saudara skalian.

Pengalaman hadir ke Muktamar PAS kali pertama buat penulis, sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan jemaah Islam ini.Sedikit lampiran gambar walaupun kurang jelas sikit, tapi boleh lagi nak tengok. Maklumlah camera yang cuma bersaiz 2.0mp.









To
k Guru Berangkat Pulang

bersama Presiden GAMIS


Mungkin ini sajalah sedikit perkongsian sepanjang keberadaan penulis di Mukmatar tahunan PAS tahun 2008 ini. Semoga Allah mengurniakan kita semua keberkatan sepanjang memukul tugas dakwah ini dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Salam muhasabah sempena muktamar PAS 2008. Allahuakbar...






memerhati dari jauh


Suasana muktamar Pemuda PAS PUSAT




Di dalam Stadium indera mulia IPOH.

Posted by ShoZu



14082008984



Posted by ShoZu



perwakilan dan pemerhati dari DPPLIPIS dan DPPCAMERON. Di stadium indera mulia IPOH.