Siapa yang lebih dahulu makan garam ? Pertanyaan ini sering ditujukan kepada orang muda oleh generasi yang lebih tua. Namun, orang muda yang melazimi majlis ilmu dan suka belajar, boleh menjadi golongan bijak pandai, malah melebihi generasi veteren. Nabi SAW pun menggesa supaya kita belajar sepanjang hayat dari buaian ke liang lahad.
Setelah beberapa hari di kampus, saya merasa begitu kerdil dalam lautan ilmu. Ketika mengunjungi perpustakaan universiti(aras 1-6), terdetik keinsafan betapa ilmu Allah begitu luas. Ketiga bertemu dengan penyelia yang telah memiliki PhD, terasa malu kerana beliau masih begitu muda berbanding diri saya.
Namun, jika sekadar berilmu tetapi tidak diamalkan, ia boleh menjadi suatu ancaman kepada diri. Terdapat ramai ilmuan dan ulama' di negara kita yang senang makan gaji setelah tamat universiti dan malas untuk menegur kerajaan atau sesiapa sahaja yang melakukan kemungkaran.
Generasi muda yang terdedah dengan pengalaman harian juga boleh menjadi seorang yang bijaksana dan berhikmah. Lihat sahaja kisah Temasik dilanggar ikan todak. Pembesar negara dan golongan veteren kekeringan idea untuk menghadapi serangan dari laut tersebut. Namun, seorang pemuda bernama Hang Nadim telah mencadangkan benteng batang pisang. Idea yang bijaksana dan telah berjaya menghentikan pembunuhan manusia yang dijadikan benteng di pantai Temasik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment