DAKWAH PAS MELEWATI BATASAN PERKAUMAN


Kuala Lipis, 16 jan …. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Kelab Penyokong PAS kaum India yang dipimpim oleh Saudara Bala Subramaniam kini semakin diterima ramai, melewati batasan atau sempadan perkauman. Perkara ini dibuktikan apabila kedua-dua sambutan perayaan kaum India iaitu Depavali dan yang terkini Pesta Ponngal (pesta menuai)mendapat sambutan hangat dari masyarakat India di Benta Estet, Kuala Lipis Pahang.

Terdahulu masyarakat India Benta Estet membuat perayaan sambutan Depavali dengan mengundang Y.Bhg. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang, Presiden PAS Pusat selaku perasmi majlis tersebut, dan kini masyarakat India disitu kembali mengundang PAS sebagai tetamu khas dan juga urusetia majlis tersebut. Jelas membuktikan kepercayaan dan pengharapan besar dari kaum tersebut kepada sebuah parti yang berteraskan Islam ini.

Ini membuktikan PAS adalah satu parti yang bersikap terbuka tanpa mengira agama dan kaum. Bantuan yang diperlukan pasti dihulur selaras dengan tuntutan Islam yang menjaminkan keadilan rakyatnya. Biar berlainan agama dan kepercayaan, perkara ini tidak membataskan penerimaan masyarakat bukan Islam kepada PAS iaitu satu-satunya parti yang jelas bermatlamatkan Islam sebagai wadah perjuangan.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di pesta ponggal itu diantaranya pertandingan Ponggal (memasak susu dan melimpah keluar), Kolem (membuat hiasan mengunakan beras berwarna), pertandingan tarik tali diantara tetamu yang hadir dan tidak ketinggalan perlawanan antara Unit Amal dengan masyarakat India tempatan. Kesemua acara diadili oleh pimpinan PAS kawasan. Ini jelas membuktikan kepercayaan dan penghormatanyang diberikan oleh masyarakat kepada PAS itu sendiri.

0 comments: