laporan usrah Pemuda Kawasan Lipis

Usrah Pemuda kawasan Lipis & cameron Highland
Tempat: Markas PAS Tempoyang
Kehadiran: 8 0rang Pemuda Lipis & 6 orang pemuda Cameron
Lipis:
1) kie
2)
Ust wan
3)
izwan
4)pani
5)ipin
6)mie
7)ust shahizan
8)Hasbullah

Cameron;
1) hasan
2)Zamrud
3)Firdaus
4)Zainal
5)Khairudin
6)farid

tajuk: Kerja yang tersusun (rujuk buku teks usrah lajnah tarbiah PAS pahang)

ustaz kie sedang memberikan ulasan dan pendapat, Yang lain khusyuk mendengar.















Dato' K.p Cameron highland ;Zamrud Setia mendengar. Ustaz hasbullah tue tengah wat pe yek tido ker tunduk jer.heheh













enaknya ..makan makan.. Bismillah. Ifthar jamaei pukul 10.00. hehe. Hasan Tambah lagi.. jangan malu malu.

Anwar di fitnah lagi ? @ Anwar di fitnah !!

BARU-BARU INI HANGAT DIPERKATAKAN MENGENAI SAUDARA ANWAR IBRAHIM MELIWAT KEMBALI...
PELBAGAI LEMPARAN DAN KATA CACIAN TERHADAP BELIAU, TETAPI TIDAK LUPA JUGA SEMAKIN MELUAT RAKYAT TERHADAP MAINAN POLITIK KERAJAAN YANG SEMAKIN KOTOR GERAK PERCATURAN MASING-MASING, BAGI PENULIS, SEMUANYA ITU ADALH SEMEMANGNYA TERMAKTUB SEJAK AZALI DI DALAM ILMU ALLAH, ALLAHUA'LAM. TETAPI IANYA TIDAK CUKUP SEKADAR KITA MEMERHATI DAN BERPELUK TUBUH, MAINAN POLITIK YANG BERLAKU INI SEMAKIN RANCAK MEMERLUKAN PENONTON YANG BEGITU SEMANGAT SEUMPAMA SEMANGAT KITA MENJADI PENYOKONG BOLA SEPAK EURO, KITA TIDAK HANYA BERSORAK DIRUMAH TAPI KITA JUGA MENZOHIRKAN SEMANGAT KITA DENGAN SANGGUP KELUAR KE KEDAI -KEDAI MAKAN BAGI MENDAPAT ZOUK MENONTON BERSAMA RAKAN-RAKAN, BEGITULAH DENGAN HAL INI, KITA MESTI TURUT SERTA DALAM HAL INI, KAJI DAN TELITI DULU, PASTU WAT APA PATUT, KELUAR TUNJUKKAN KEPADA DUNIA BAHWA KITA MELUAT DENGAN PERMAINAN POLITIK KOTOR INI, TAPI JANGAN BUAT-BUAT APA-APA YANG PELIK DAHLA.

BAGI PENULIS, ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH, DIA DIANIAYA, MUNGKIN CATURAN OLEH PIHAK LAWAN YANG TERLALU TAKUT UNTUK MENGHADAPI GELOMBANG PERUBAHAN AKAN BAKAL BERLAKU DI DALAM LANSKAP POLITIK MALAYSIA,KES INI BAGI PENULIS SEOLAH-OLAH SENGAJA DIRENCANAKAN UNTUK MELAMBATKAN LAGI PROSES PERALIHAN KUASA YANG DI JANGKA BULAN SEPTEMBER INI, SEGALANYA BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA, KITA MERANCANG ALLAH MERANGCANG TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK.

PERISTIWA YANG BERLAKU INI,MUNGKIN DIANTARA HIKMAHNYA SUPAYA BIAR RAKYAT SEMAKIN MELUAT DENGAN PIHAK PERANGCANG KES, TETAPI DISANA MUNGKIN JUGA ADALAH PERCATURAN YANG ALLAH SENGAJA RANGCANG UNTUK MEMNYERAHKAN KEDAULATAN ISLAM ATAU KEPIMPINAN ISLAM DI MALAYSIA IN INI KEPADA YANG BETUL-BETUL LAYAK, MUNGKIN LEBIH TEPAT KEPADA PIMPINAN PAS, MUNGKIN TEPAT BARANGKALI TEORI ORANG YANG MENGATAKAN " RAHMAN" N ITU MASIH MENJADI PERSOALAN ADAKAH NAJIB ADAKAH NASARUDDIN MAT ISA? EHM SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN SAHAJA LAH NANTI, AKHIRNAY SAMALAH KITA BERDOA AGAR KEBENARAN ITU SEGERA TERSERLAH ATAUU DISERLAHKAN DIHADAPAN MATA RAKYAT MALAYSIA.

terima kaseh DPPpusat



PROTES 6. 7 . 08' REFRESH

Alhamdulillah , saya baru sahaja dihubungi oleh wakil pemuda PAS Pusat yang menghadhiri mesyuarat khas PROTES petang tadi dan alhamdulillah pihak PROTES telah bersetuju untuk meniadakan semua aktiviti nyanyian yang melibatkan band dan kumpulan - kumpulan sebagaimana yang tertera di poster sebelum ini .

Kecuali dikekalkan beberapa aktiviti yang Pemuda boleh bertasaamuh atau menerimanya seperti sajak , puisi , pentomen , tarian naga dan aktiviti selingan yang akan dilengkapkan lagi pada malam ini dalam final meeting mereka .

Sebagai pimpinan Pemuda PAS , saya ucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa PROTES , bermula dari pengerusinya hinggalah kepada seketeriat PROTES yang bekerja keras untuk menjayakan DEMO protes ini kelak . Semoga Allah merahmati kalian semua.

Saya berdoa agar himpunan PROTES kelak akan mencapai kejayaan dan menepati sasaran serta mendapat redho Ilahi .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 4:00:00 PM di http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

*dpplipis said; terima kasih kerana menyelamatkan kami dari turut serta menyertai program yang ada sama maksiat. ..tahniah.. kami tidak tahu pun pasal hal konsert ini sehinggalah baca dalam web ustaz.. thanks for da concern.





Jadi ayuh kita turun reramai .. tanpa anda seorang takkan cukup satu juta..

kongsi email dari sahabatku ;walaupun sudah pergi namun ustaz fadhil terus di ingati


Subject: Antara Sayyidina Umar Abdul Aziz & Lim Guan Eng

Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Penang ..

Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz.
Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....

Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini....

Bagaimana kita orang Islam?....


Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."

Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai2 doakan supaya makbul niat & hajatnya.
Ini akan memberi satu tamparan yg hebat pd Karpal Singh

dipetil dari email daripada sahabatku zaki.

takziah buat sahabat kita Suhaimi Sulaiman


pagi tadi Ayahanda beliau telah dipanggil ke Rahmatullah. Semoga Rohnya dicucuri rahmat. Amin

Muktamar Pemuda Negeri kali ke 26



Muktamar Pemuda berlangsung dengan begitu meriah pada kali ini.Para perwakilan tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Mesyuarat dirasmikan oleh Ybg ust Dato tn Ibrahim Tm Man.
Seperti biasa ucapan beliau begitu menyetuh hati perwakilan.
Pada muktamar ini juga diumumkan perletakan jawatan ust Nasrudin hasan sebagai Ketua Pemuda. Jawatan beliau dipangku oleh Ust Suhaimi saad.

Posted by ShoZu


Mesyuarat Agung tahunan PAS Lipis Kali ke 40



Mari mari daftar dulu bapak bapak ibu ibu yaa..


Perasmian disempurnakan oleh YB Dr Fadzli iaitu exco Kerajaan Negeri kelantan. banyak cerita cerita menarik yang beliau bawa pada majlis perasmian tersebut.. antaranya pasal petukaran kerajaan pusat.. yang isyaAllah begitu kuat untuk jadi betulnya... Ameen.


Antara lain YB Dr fadzil juga menyarankan supaya para ahli terus menjalankan tugas masing masing untuk menarik pengundi mendaftar sebagai ahli PAS. Pada majlis perasmian itu juga hadir Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum INdia iaitu En Balasubramaniam. Yb Dr membawa hadirin mengimbau bagaimana PAS berjaya membentuk sebuah negeri yang harmoni walaupun kaum bukan melayu adalah minoriti di negeri kelantan. Beliau mengambil contoh pada peristiwa 13 mei 1969, ketika darah darah bukan melayu mengalir di Kuala Lumpur dan negeri negeri lain, kaum bukan melayu selamat dan tidak berasa terancam berada dibawah pemerintahan PAS ketika itu. begitula jika negeri ditadbir mengikut ISlam pasti selamat.


En Balasubramaniam menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin, namun ucapannya pada hari itu cukup untuk membuatkan kami semua naik bulu roma lantaran bersemangat untuk terus berjuang didalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS). "Mengambil bahawa Islam itu adalah rahmat bagi sekalian alam, dan kami orang bukan Islam adalah termasuk didalam alam itu, maka kami yakin akan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS akan membawa keadilan kepada semua kaun dan kami akan turut bersama PAS untuk berjuang." kata kata beliau itu disambut dengan laungan takbir Allahukabar ..