terima kaseh DPPpusat



PROTES 6. 7 . 08' REFRESH

Alhamdulillah , saya baru sahaja dihubungi oleh wakil pemuda PAS Pusat yang menghadhiri mesyuarat khas PROTES petang tadi dan alhamdulillah pihak PROTES telah bersetuju untuk meniadakan semua aktiviti nyanyian yang melibatkan band dan kumpulan - kumpulan sebagaimana yang tertera di poster sebelum ini .

Kecuali dikekalkan beberapa aktiviti yang Pemuda boleh bertasaamuh atau menerimanya seperti sajak , puisi , pentomen , tarian naga dan aktiviti selingan yang akan dilengkapkan lagi pada malam ini dalam final meeting mereka .

Sebagai pimpinan Pemuda PAS , saya ucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa PROTES , bermula dari pengerusinya hinggalah kepada seketeriat PROTES yang bekerja keras untuk menjayakan DEMO protes ini kelak . Semoga Allah merahmati kalian semua.

Saya berdoa agar himpunan PROTES kelak akan mencapai kejayaan dan menepati sasaran serta mendapat redho Ilahi .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 4:00:00 PM di http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

*dpplipis said; terima kasih kerana menyelamatkan kami dari turut serta menyertai program yang ada sama maksiat. ..tahniah.. kami tidak tahu pun pasal hal konsert ini sehinggalah baca dalam web ustaz.. thanks for da concern.





Jadi ayuh kita turun reramai .. tanpa anda seorang takkan cukup satu juta..

0 comments: