Usrah Pemuda kawasan LIPIS dan Cameron

Usrah pemuda Kawasan minggu ini di buat di rumah saudara adnan di kg Seberang Jelai. Kehadiran malam ini paling ramai setakat inilah, mencecah angka 24 orang kesemuanya tidak termasuk orang tua yang ada juga turut serta, alhamdulillah. Kehadiran pemuda tempatan (kg seberang jelai) juga amat menggalakkan. Begitu juga dengan kehadiran ahli usrah yang sedia ada masih kekal konsisten.

Malam tadi kami membincangkan tajuk Sabar mengambil rujukan dari teks usrah yang disusun oleh LTPas Pahang. Perjuangan ISlam itu adalah bersifat panjang ataupun lama jangka nya. maka sepanjang tempoh perjuangan tersebut maka pelbagai ujian pasti akan dihadapi oleh para pejuang agama Allah, maka sabar itu amat penting, hasil buah sabar kita itulah yang menjadikan kita konsisten,istiqamah dan berterusan dalam perjuangan. Mengambil contoh baginda nabi s.a.w yang 'jenuh' menerima pelbagai rintangan dan ujian dari kaum musyrikin, namun baginda terus konsisten dengan agendanya demi menyebarkan agama Islam. Andai katalah nabi kita ni tidak sabar , mudah putus asa nescaya kita tidak akan menerima nikmat islam sebagaimana adanya sekarang ini. Allahumma solli'ala sayyidina muhammad.

Seperti biasa usrah kami dijalankan bersama dengan pemuda PAS cameron highland yang menghantar wakil seramai 5 orang. Pemuda Lipis pada malam ini adalah selebihnya iaitu seramai19 orang.

Di hujung perbincangan, ahli usrah juga turut membincangkan perkara muzakarah dan muqabalah antara PAS dengan umno.

Ramai runsing dengan perkembangan tersebut. Namun akhirnya semuanya bersetuju dan akan taat kepada keputusan pimpinan PAS. Pertama yang ditegaskan ialah PAS tidak akan masuk BN. Kedua sebagai ahli kita wajib meletakkan wala kita kepada pimpinan. Percayalah jika kita sayangkan parti dan Islam, pimpinan apatah lagi. Mengulas isu ini sambil merujuk kepada penerangan yang dibuat oleh alfadhil ustaz nasrudin tantawi. Berkenaan perjanjian hudaibiyah. Ramai sahabat tidak setuju dengan keputusan perjanjian itu yang nampak seperti berat sebelah dan tidak menguntungkan Islam. Namun akhirnya kita ketahui bahawa rentetan daripada perjanjian itulah akhirnya NAbi s.a.w membuka kota mekah pada pada bulan ramadhan 8hijrah tanpa setitis darah pun mengalir..

Percayalah sahabat sahabat islam PAsti menang. itulah janji Allah. Tarikh 16september adalah tarikh keramatnya, dan ia jatuh pada bulan ramadhan apakah Islam akan sekali lagi membuka pemerintahannya pada pada bulan ramadhan. Marilah sama sama kita berdoa mudah mudahan Kota Putrajaya akan dibuka pada 16 ramadhan ini sebagaimana pembukaan kota mekah dahulu juga pada bulan ramadhan. Islam pasti gemilang Takbir... Allahuakbar.

0 comments: