Salam Eid Mubaroq, ku mulakan tintaku ini dengan ucapan dari jauh ku puhonkan ampun maaf kepada K.pemuda PAS pahang andai tercari cari berita dan maklumat berkenaan xtvt pemuda di kawasan kami. Bukan takde masa cuma tidak mampu menghadap komputer lama dek kerana ana menggunakan internet yang bukan streamyx , jadi paham paham jela nak surfing bukan main seksa. tapi ok la jugak sket pada dial up. ana menggunakan celcom broadband. sini x dak 3g so dia guna gprs jadi kupayaannya agak slow sketla..
Kembali kepada cerita kami di lepeh ni. Pertamanya ana nak ucapkan tahniah kepada k.pemuda ust lan dan s.u ust kie atas keazaman dan keiltizaman tuan tuan maka program usrah kita tetp berjalan walaupun menempuh bula ramadhan yang mulia ini. Sejarahnya bulan inii entah mengapa menyebabkan urusan jemaah kita layu. ia menjadi bulan bertenang agaknya, tapi tahun ini kita berjaya menyapu sikap tersebut.
Program kami pemuda lipis pada bulan yang mulia lalu tertumpu pada program qiam sahaja, usrah kami ditukarkan methodnya sementara bagi menggalakkan kami semua untuk bertahajud dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, nak tau tak ana sebenarnya agak risau permulaannya , bimbang ia akan menjadi berat kepada pemuda pemuda lain untuk hadir ke program tersebut, lalu akan menyebabkan usrah terhenti di bulan ramadahan itu, dan untuk menghidupkannya semuala biasanya akan mengambil masa yang agak lama, kadang kadang sampaui raya haji pulak baru boleh hidup semula. Namun atas keliltizaman k.p dan s.u pemuda akhirnya ke empat empat minggu tersebut berjya kami jayakan dengan kehadiran yang agak membanggakan kami.
Minggu pertama ramadhan kami adakan di masjid kg berchang pada hari jumaat mlm sabtu dengan kehadiran sekitar 10 ke 15 orang pemuda. Qiam dipimpin oleh dato' K.pemuda Lipis kami
Minggu yang ke2 ramadhan kami adakan di markas Pas Kg Tempoyang dengan kehadiran yang hampir sam 10 ke 15 orang juga pada hari jumaat mlm sabtu
Minggu yang ke3 ramadhan kami adakan di markas PAS Kg Bapong juga pada hari Jumaat Malam sabtu . Kali ini paling ramai sekitar 20lebih orang Hadir. Alhamdulillah,.
Pada malam 27 ramadhan sepetimana arahan Lajnah Tarbiah negeri kami juga turut mengadakan program iktikaf dan qiamullail kali ini di Masjid Kg Aur Gading . Disini kami bermuala dengan iftar jamaie dan selapas maghrib ada kuliah maghrib tarawih tazkirah ramadhan, qiamullail , subuh berjamaah dan diakhiri dengan kuliah subuh. Dato K.p Kami sapu bersih program tersebut. dari imam maghrib sampai ke kuliah subuh dia bagi :)
kehadiran turut memberangsangkan pada program tersebut ada sekitar 19 orang yang hadir.
Manakala pada 20 dan 21 september pula PAS kawasan di bawah lajnah kebajikan telah berjaya mengumpulkan sumbangan iaitu beras 2.3 tan, gula tepung minyak masak teh kopi dan alat lat keperluan lain untuk diserahkan kepada orang orang yang memerlukan. Sumbangan adalah dari orang ramai dan juga YBhG Dr Wahab ismail.
Penerima sumbangan adalah sekitar 200 orang semuanya.
Terima Kasih kepada dermawan dermawan sekalian. untuk rekod program sebgini telah berlangsung hampir 4 ke 5 tahun dah. tahniah PAS Kawasan Lipis..
Cerita kami di tutup dengan peristiwa yang menggemparkan kami semua dan juga seluruh negara kerana tembakan rambang seorang polis di kg selindang. AJK pemuda PAS kawasan Lipis Sdr Hasbullah Ludin (gambar) terlibat menjadi mangsa dalam insiden yang cukup membahayakan nyawa beliau. Alhamdulillah beliau tidak ada apa apa. Kereta beliau terkena 3 tembakan dari polis tersebut. satu peluru sudah hampir betul mengenai beliau. Mujurlah tiada apa apa. beliau adalah tenaga penting bagi Pemuda PAS Lipis. semoga Allah memberi Kekuatan kepada Beliau.
Wa ilalliqa' Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment