salam perjuangan.......
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli-ahli yang bakal bertanding untuk Muktamar Pas Pusat yang InsyaAllah akan diadakan pada minggu hadapan...
Konsep pemilihan dan parti atau jamaah Islam kita adalah bukan sekadar untuk melengkapkan proses ataupun sistem beorganisasi sahaja tetapi ia juga satu tuntutan dan tanggungjawab yang diamanahkan di dalam Islam. Sabda nabi Sallahualaiwasallam:" Jika kamu bermusafir bertiga maka lantiklah ketu dikalangan kamu" Au Kama Qol. kesimpulan mudahnya; jika dalam soal bilangan ahli jamaah yang paling minimum pun baginda nabi menyuruh kita berketua, masakan soal perkara yang sangat besar ini tidak perlukan kepada kepimpinan.
Dalam Jamaah Pas, oleh kerana Pas adalah Harakah AdDa'wah Wa AlSiasah, maka kita menerima soal percalonan sebagai pimpinan parti atau jamaah, samaada pencalonan yang lahir dari kawasan-kawasan sahaja atau pun dari penawaran diri dan disokong oleh kawasan-kawasan. Soal ini mungkin menimbulkan perkara yang kurang senang dikalangan ahli-ahli PAS, mungkin ada yang mengatakan pimpinan jamaah sudah terkena penyakit UMNO yang merebut jawatan dan sebagainya, atau pun bagi golongan agama mereka berhujah Nabi sendiri melarang seorang sahabat yang mahu mencalonkan diri sebagai ketua, dan tidak benarkan melantik orang yang meminta jawatan.
Adakah perkara-perkara yang berlaku sedemikian ada kaitannya dengan keadaan PAS yang kukuh sekarang?
Soal penyakit UMNO berjangkit didalam PAS tidak akan timbul jika kita sentiasa mentarbiyah diri kita, jangan sesekali lakukan kerja-kerja yang disifatkan oleh Ust Nik Abduh sebagai 'kerja-kerja bodoh' di dalam parti atau jamaah kita. Ingat, Jamaah bukan milik kita tapi milik Allah..
Tetapi jalan dakwah ini tetap tidak pernah sunyi dari orang munafiq. Hanya orang-orang yang memiliki bekal yang cukup sahaja yang akan dapat membentengi diri dari tipu daya mereka, manakala orang yang mempunyai bekal yang sedikit akan menjadi santapan lahap mereka.
Allah berfirman" Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambah kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah ( kekacauan) dikalangan kamu; sedang diantara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka." ( at-Taubah: 47)
Berhati-hatilah kita kepada golongan ini...........................
Bagi penulis untuk mengurangi golongan sedemikian mendapat tempat didalam PAS, ahli PAS perlu bijak memilih, kebetulan MUKTAMAR begitu merapati kita, jalankan tugas kita sebagai perwakilan, pilihlah yang betul-betul layak. Bukan dilihat kepada petahnya berkata-kata, betapa terkenalnya dia, tetapi lihatlah keikhlasannya, kualiti tugasnya, ilmunya dan sebagainya...
wallahua'lam... akhirnya SELAMAT BERMUKTAMAR!!!!
.... al-Bafuni.
0 comments:
Post a Comment