Mursyidul Ikhwan Al-Muslimin ke-8

Mari kita berkenalan dengan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang kelapan yang baru dilantik...

"Nama : Mohamed Badi' Abdul Mageed Samy

Tarikh Lahir : 7/8/1943

Tempat Lahir : Mahalla Al-Kubra

Status : Berkahwin

Pasangan Hidup : Samia Alshanawy,bekas Pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiah di Bani Suef,Mesir.

*Pernah di hukum mati pada tahun 1954 tapi kemudiaannya di ringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

Anak-anak : Ammar (Jurutera Komputer),Bilal (Pakar Radiologi), Doha (Ahli Farmasi)

Cucu-cucu : Ro'a,Habib,Eyad,Tameem.

Kejayaan Akademik :
Sarjana Muda Kedoktoran Haiwan - Kaherah,tahun 1965.

Pensyarah Fakulti Kedoktoran Haiwan - Asyut,tahun 1965.

Memperolehi Master Kedoktoran Haiwan dan menjadi Guru Pembantu pada tahun 1977 di Universiti Zagazig.

Menjadi Doktor Haiwan dan menjadi Guru pada tahun 1979 di Universiti Zagazig.

Menjadi pembantu Profesor Kedoktoran Haiwan pada tahun 1983 di Universiti Zagazig.

Menjadi Doktor Pakar Haiwan di Institusi Sana'a pada tahun 1982-1986.

Menjadi Profesor Perubatan Haiwan pada tahun 1987 di Cairo University - Cawangan Bani Suef.

Menjadi Pengerusi Bahagian Patologi,Fakulti Kedoktoran Haiwan di Bani Suef pada tahun 1990 untuk dua sesi.

Mengajar di bawah Fakulti Kedoktoran Haiwan di Universiti Bani Suef untuk pelajar-pelajar graduan pada tahun 1993 untuk satu sesi.

Menjadi Supervisor pada 15 kelulusan Master dan 12 PhD serta 12 kajian saintifik dalam ruang lingkup kepakarannya.

Pekerjaan Sekarang :
Profesor Bahagian Patologi Fakulti Kedoktoran Haiwan – Bani Suef Universiti

Aktiviti Sampingan :
Setiausaha Umum Persatuan Umum Kedoktoran Haiwan untuk selama sesi.

Bendahari Persatuan Perubatan selama satu sesi.

Aktiviti-aktiviti Sosial dan yang melibatkan Sains :
Ahli Majlis Kerajaan Pertubuhan Kerajaan Islam Mahalla Al-Kubra

Ahli Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah selama 10 tahun dan menjadi supervisor cawangan kelab tersebut di Bani Suef.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah dan Persatuan Pembelajaran Bahasa Bantuan Komputer Islam di Bani Suef pada tahun 1996.

Pengerusi Pertubuhan Ahli Kakitangan Rumah dan Pembantu-pembantunya di Universiti Bani Suef.

Pengerusi Lembaga Pengarah Bahagian Patologi dan Patologi Klinikal pada tahap Republik.

Pengerusi Akhbar Kajian Perubatan Haiwan di Fakulti Kedoktoran Haiwan Bani Suef selama sembilan tahun.

Pengerusi Pusat Perkhidmatan Persekitaran Fakulti Kedoktoran Haiwan - Bani Suef.

1965 : Menjadi tribunal tentera bersama Profesor Said Qutb dan saudara-saudara Islam yang lain. Di hukum selama 15 tahun akan tetapi menjalani hukuman selama sembilan tahun sahaja.

1974 : Dilepaskan dan kembali bekerja di Universiti Asyut dan kemudian di pindahkan ke Universiti Zagazig.
Setelah itu dia terbang ke Yaman. Balik dari sana dia ke Universiti Bani Suef.

1998 : Dipenjarakan selama 75 hari kerana kes Persatuan Pembelajaran Bahasa Bantuan Komputer Islam di Bani Suef ketika dia menjadi Pengerusi kelab tersebut.

1999 : Di hukum penjara selama lima tahun kerana kes satu organisasi persatuan. Dilepaskan selepas tiga tahun.

2008 : Di tangkap dan di tahan selama sebulan ketika pilihan raya perbandaran

Khidmat Bakti :
Menyumbangkan artikel dan ceramah dalam pergerakan laman web rasmi 'Ikhwanonline' tentang 'Quranic Thoughts'.


Meneliti semula dan mendiskusikan kitab 'Memahami Dakwah'.


Semoga Allah tiupkan semangat jihad yang tidak akan kering sudah dalam diri setiap pejuang agamaNya... tidak dilupakan juga kepada Mursyidul Am yang lepas:

1. As Syahid Ustaz Hasan Al Banna (1928)

2. Syeikh Hasan Hudhaibi

3. Syeikh Umar Talmisani

4. Syeikh Hamid Abun Nasr

5. Syeikh Mustafa Masyhur (1996-2002)

6. Syeikh Makmun Hudhabi

7. Mahdi Akef

wallahu'alam....

Pas Lipis Pembela Nasib Rakyat


Raub,20 Jan.. PAS Kawasan Parlimen Lipis menerusi Skuad Aduan Rakyat telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Raub berhubung satu kes yang melibatkan isu pemberian rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di satu tanah rancangan FELCRA di daerah Lipis.

Saudara Rosnal Zainal yang juga Timbalan Yang di-Pertua PAS Kawasan Parlimen Lipis berkata, pihaknya bertindak membuat laporan tersebut kerana merasakan perlu ada tindakan yang tegas terhadap isu sebegini bagi memastikan hak rakyat termiskin ini terbela.. Tambahnya lagi, pihaknya telah menerima aduan ini daripada penduduk sekitar kawasan terbabit yang tidak berpuas hati terhadap pengagihan rumah PPRT terbabit yang dikatakan turut diterima oleh seorang kontraktor kelas F.

Saudara Roslan Zainal juga menambah, individu terbabit juga adalah serang peniaga ayam dan mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai guru KEMAS. Jika melihat kepada status ekonomi keluarga berkenaan jelas sekali tidak sepatutnya menerima bantuan rumah PPRT tersebut.

Justeru itu, PAS kawasan parlimen Lipis meminta pihak SPRM supaya dapat menyiasat jika terdapat sebarang unsur ketidaktelusan didalam pemberian bantuan rumah PPRT terbabit. PAS kawasan parlimen Lipis juga memohon kerjasama semua pihak agar berani tampil kehadapan dan menyuarakan hak masing-masing menggunakan saluran yang sepatutnya mengikut lunas-lunas undang-undang.

KPP anjur pertandingan memasak sempena Pesta Ponggal
E-mail
Hashim Abdullah

KUALA LIPIS, 20 Jan: Kegiatan kebudayaan yang tidak bercanggah dengan hukum agama adalah digalakkan dan boleh dijadikan asas ke arah memupuk keharmonian kaum di Negara ini kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Al Ahmadi.

Berucap pada merasmikan pertandingan memasak susu dan beras sempena Pesta Ponggal anjuran Kelab Penyokong PAS Kaum India Pahang, di Ladang Benta, dekat sini, baru-baru ini, Roslan berkata pendekatan ke arah memahami budaya pelbagai kaum dengan melibatkan aktiviti bersama adalah sesuatu yang harus diberikan pujian kerana ianya berperanan memupuk semangat muhibah di kalangan rakyat.

(Gambar: Roslan memerhatikan pertandingan sambil diperhatikan Balasubramaniam)

”Saya mengucapkan tahniah kepada Kelab Penyokong PAS kaum India Pahang yang telah berjaya meneroka satu lagi pendekatan yang boleh memecahkan tembok perkauman dan stigma perpecahan (divide and rule) yang disemai BN selama 52 tahun negara merdeka.

“Program ini perlu menjadi platform merapatkan hubungan rakyat pelbagai kaum di negara ini supaya lebih memahami kekayaan budaya pelbagai kaum ke arah perpaduan dan pembangunan yang lebih bermakna,” katanya.

Pada program yang dihadiri lebih 300 masyarakat keturunan India itu turut meriah dengan acara lain termasuklah pertandingan memasak susu lembu, pakaian beraga, pertandingan tarik tali dan lain-lain.

Turut disediakan kaunter aduan rakyat dan pemberian bantuan kebajikan kepada keluarga yang memerlukan.

DAKWAH PAS MELEWATI BATASAN PERKAUMAN


Kuala Lipis, 16 jan …. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Kelab Penyokong PAS kaum India yang dipimpim oleh Saudara Bala Subramaniam kini semakin diterima ramai, melewati batasan atau sempadan perkauman. Perkara ini dibuktikan apabila kedua-dua sambutan perayaan kaum India iaitu Depavali dan yang terkini Pesta Ponngal (pesta menuai)mendapat sambutan hangat dari masyarakat India di Benta Estet, Kuala Lipis Pahang.

Terdahulu masyarakat India Benta Estet membuat perayaan sambutan Depavali dengan mengundang Y.Bhg. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang, Presiden PAS Pusat selaku perasmi majlis tersebut, dan kini masyarakat India disitu kembali mengundang PAS sebagai tetamu khas dan juga urusetia majlis tersebut. Jelas membuktikan kepercayaan dan pengharapan besar dari kaum tersebut kepada sebuah parti yang berteraskan Islam ini.

Ini membuktikan PAS adalah satu parti yang bersikap terbuka tanpa mengira agama dan kaum. Bantuan yang diperlukan pasti dihulur selaras dengan tuntutan Islam yang menjaminkan keadilan rakyatnya. Biar berlainan agama dan kepercayaan, perkara ini tidak membataskan penerimaan masyarakat bukan Islam kepada PAS iaitu satu-satunya parti yang jelas bermatlamatkan Islam sebagai wadah perjuangan.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di pesta ponggal itu diantaranya pertandingan Ponggal (memasak susu dan melimpah keluar), Kolem (membuat hiasan mengunakan beras berwarna), pertandingan tarik tali diantara tetamu yang hadir dan tidak ketinggalan perlawanan antara Unit Amal dengan masyarakat India tempatan. Kesemua acara diadili oleh pimpinan PAS kawasan. Ini jelas membuktikan kepercayaan dan penghormatanyang diberikan oleh masyarakat kepada PAS itu sendiri.