Pas Lipis Pembela Nasib Rakyat


Raub,20 Jan.. PAS Kawasan Parlimen Lipis menerusi Skuad Aduan Rakyat telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Raub berhubung satu kes yang melibatkan isu pemberian rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di satu tanah rancangan FELCRA di daerah Lipis.

Saudara Rosnal Zainal yang juga Timbalan Yang di-Pertua PAS Kawasan Parlimen Lipis berkata, pihaknya bertindak membuat laporan tersebut kerana merasakan perlu ada tindakan yang tegas terhadap isu sebegini bagi memastikan hak rakyat termiskin ini terbela.. Tambahnya lagi, pihaknya telah menerima aduan ini daripada penduduk sekitar kawasan terbabit yang tidak berpuas hati terhadap pengagihan rumah PPRT terbabit yang dikatakan turut diterima oleh seorang kontraktor kelas F.

Saudara Roslan Zainal juga menambah, individu terbabit juga adalah serang peniaga ayam dan mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai guru KEMAS. Jika melihat kepada status ekonomi keluarga berkenaan jelas sekali tidak sepatutnya menerima bantuan rumah PPRT tersebut.

Justeru itu, PAS kawasan parlimen Lipis meminta pihak SPRM supaya dapat menyiasat jika terdapat sebarang unsur ketidaktelusan didalam pemberian bantuan rumah PPRT terbabit. PAS kawasan parlimen Lipis juga memohon kerjasama semua pihak agar berani tampil kehadapan dan menyuarakan hak masing-masing menggunakan saluran yang sepatutnya mengikut lunas-lunas undang-undang.

0 comments: