Perihal ilmu, cerdik dan berhikmah

Siapa yang lebih dahulu makan garam ? Pertanyaan ini sering ditujukan kepada orang muda oleh generasi yang lebih tua. Namun, orang muda yang melazimi majlis ilmu dan suka belajar, boleh menjadi golongan bijak pandai, malah melebihi generasi veteren. Nabi SAW pun menggesa supaya kita belajar sepanjang hayat dari buaian ke liang lahad.

Setelah beberapa hari di kampus, saya merasa begitu kerdil dalam lautan ilmu. Ketika mengunjungi perpustakaan universiti(aras 1-6), terdetik keinsafan betapa ilmu Allah begitu luas. Ketiga bertemu dengan penyelia yang telah memiliki PhD, terasa malu kerana beliau masih begitu muda berbanding diri saya.

Namun, jika sekadar berilmu tetapi tidak diamalkan, ia boleh menjadi suatu ancaman kepada diri. Terdapat ramai ilmuan dan ulama' di negara kita yang senang makan gaji setelah tamat universiti dan malas untuk menegur kerajaan atau sesiapa sahaja yang melakukan kemungkaran.

Generasi muda yang terdedah dengan pengalaman harian juga boleh menjadi seorang yang bijaksana dan berhikmah. Lihat sahaja kisah Temasik dilanggar ikan todak. Pembesar negara dan golongan veteren kekeringan idea untuk menghadapi serangan dari laut tersebut. Namun, seorang pemuda bernama Hang Nadim telah mencadangkan benteng batang pisang. Idea yang bijaksana dan telah berjaya menghentikan pembunuhan manusia yang dijadikan benteng di pantai Temasik.

Akan terpinggirkah belia Malaysia ?

Saya ingin berkongsi satu artikel yang tersiar di akhbar Malaysian Today (July 9-15, 2009). Ia berjudul "Dire Straits: Will Malaysian Youths be outclassed ?", tulisan Alvin Chia, pada muka surat 12. Artikel ini ada berkaitan dengan saranan Nabi kita supaya memiliki generasi muslim yang ramai. Di Malaysia, walaupun pernah dilancarkan kempen merancang keluarga, namun di akhir pemerintahan Tun M, beliau mahu negara ini memiliki 70 juta orang penduduk.

Tulisan Alvin Chia ini mengajak kita berfikir tentang masa depan dan persaingan hidup yang kian sengit. Sebagai muslim, kita yakin dengan rezeki yang Allah akan berikan kepada semua makhluk. Kita juga beriman dengan ketentuan qada' dan qadar. Yang ingin diajak berfikir ialah perlunya rakyat Malaysia bersedia dan berdiri di atas kaki sendiri. Ini kerana kek ekonomi akan direbut oleh lebih ramai manusia. Para pelabur dan peneraju industri pula lebih berminat untuk berniaga di tempat yang murah kos buruh dan tinggi keuntungannya.

Penulis artikel tersebut memberitahu bahawa India kini memiliki penduduk seramai 1.2 bilion orang dan golongan belia seramai 225 juta orang. China memiliki penduduk seramai 1.4 bilion dan belia seramai 221 juta orang. Indonesia memiliki 42 juta belia, Vietnam seramai 18 juta belia, Thailand seramai 9 juta dan Malaysia memiliki 5 juta orang belia.

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa pengalaman kerja. Syarikat gergasi Korea Selatan iaitu Samsung pada akhir tahun 1990-an mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi di rantau asia pasifik. Mereka mahu mendirikan kilang CPT (TV/PC) terbesar di Seremban. Namun, selepas tahun 2000, Samsung telah mengubah keputusan dan mereka kini membuka kilang besar di China dan India kerana kos buruh yang rendah. Ramai pekerja Samsung di Seremban ditawarkan VSS.

Begitu juga dengan industri berasaskan kayu. Saya pernah bekerja dengan kilang papan serpai yang terbesar di rantau ini. Namun, akibat kegawatan ekonomi, kilang terpaksa ditutup. Namun, kilang papan serpai di Thailand boleh bertahan dan memberikan peluang pekerjaan kepada orang Siam termasuk beberapa tenaga mahir negara ini yang berhijrah ke sana.

Malaysia adalah kaya dengan hasil bumi. Dalam menghadapi persaingan masa depan, kerajaan dan syarikat tempatan perlu merangka pelan strategik bagi menyediakan peluang niaga dan kerja kepada penduduk. Amat malang jika hasil bumi yang berada di perairan kita (gas/minyak mentah), disalurkan ke negara jiran semata-mata kerana dendam politik kerajaan sekarang..

Pengalaman di Manek Urai


Setiap kali balik kampung, kami melalui kawasan Manek Urai. Pernah berhenti minum di pekan Laloh. Pernah beli lemang di tepi jalan Manek Urai. Juga berhenti solat di simpang Chuchoh Puteri dan melalui stesyen keretapi Manek Urai Lama dalam perjalanan ke Wakaf Bharu.

Namun, kesempatan turun berkempen baru-baru ini memberikan saya pengetahuan yang lebih tentang Manek Urai. Maklumlah bertugas selama seminggu di Kg. Manjor. Sempat pula mandi di Lata Rek, meninjau pekan Manik Urai Baru dan mengenali secara dekat rumah-rumah penduduk di Kg. Budi, Kg. Karangan dan Kg. Manjor.

Secara keseluruhannya, Manek Urai adalah kawasan pertanian. Banyak ladang getah di kawasan ini. Kehidupan penduduk bertambah baik. Kawasan kampung seperti Kg. Manjor mempunyai akses yang baik kepada dunia ICT di mana saya boleh menggunakan mobile broadband untuk melayari internet. Berbanding dengan Kg. Pulau Meranti di Jerteh, Terengganu, kemudahan ini belum ada. Jadi, siapa yang mengadakan Kelantan terlalu kebelakang adalah tidak berpijak di bumi yang nyata.

Menjelang hari mengundi di Manek Urai


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, pemilih di DUN Manek Urai akan membuat penentuan masing-masing. Inilah demokrasi di mana kuasa berada di tangan rakyat, dengan ketentuan Allah. Allah Maha Berkuasa untuk melembutkan hati hamba-hambanya. Tugas kita adalah berkempen. Tugas kita juga adalah bermunajat kepada Allah. Mudah-mudahan majoriti kemenangan calon PAS akan meningkat.

Kempen kian memuncak di kedua-dua belah pihak. Bn cuba mempengaruhi pengundi dengan slogan `Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan'. Janji pemimpin Umno, hendak jadikan DUN ini kawasan angkat kerajaan Pusat. PAS membawa slogan `Tok Guru Memimpin Manek Urai Berkat'. Keberkatan memang perlu dalam apa jua urusan hidup. Sumber keberkatan itu adalah daripada Allah dan di luar upaya pihak lain.

Kenangan bersama Brother Anwar di Damansara


Melihat gambar Anwar yang tersiar di Malaysiakini, mengingatkan saya kepada pertemuan `berbuka puasa' pimpinan Persatuan Mahasiswa IPTA dengan Menteri Pelajaran (Anwar)di Bukit Damansara suatu waktu dulu. Majlis berbuka puasa itu melibatkan ramai orang-orang yang rapat dengan beliau termasuk aktivis ABIM & PKPIM. Anwar turut menjemput aktivis kampus sebagai usaha mengurangkan `pertentangan' dengan mahasiswa yang ketika itu sering menggasak beliau (waktu itu Kementerian Pengajian Tinggi belum wujud). Bersama kami, beliau nyatakan supaya tidak menggunakan panggilan `Datuk'. Panggillah `Nuar' saja. Begitulah diplomasi beliau yang membuatkan kami jadi `lembut hati'.

Semasa Anwar menjadi Presiden ABIM, saya sering mengikuti ucapan-ucapan beliau yang tersiar di media massa. Ketika beliau melancarkan buku `Menangani Perubahan', koleksi ucapan dan kertas kerja beliau, saya adalah antara pembelinya. Walaupun Anwar ketika itu bersama Umno dan sedang melonjak naik, namun ada minat untuk menekuni idea dan pemikiran beliau.

Selepas beliau dibebaskan dari penjara Sg. Buloh dan menjalani rawatan di luar negeri, saya ikut sama dengan aktivis reformasi menyambut beliau di KLIA. Harapan saya kini ialah ingin melihat Malaysia diperintah oleh kelompok pemimpin yang lebih adil dan menuju ke arah keredhaan Allah. Mampukah PAS, Anwar dan Pakatan Rakyat membuat suatu catatan sejarah dalam PRU13 ?

Pemuda Harapan Ummah

Tahniah kepada anak-anak muda Sahabat Masjid yang telah turun ke Dataran Lipis bagi menjalankan kerja-kerja dakwah. Teruskan ! Anda adalah harapan ummah. Antara golongan yang terpilih semasa hari penghakiman di Yaumul Qiamah ialah pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Rapat dengan rumah Allah. Bukan mereka yang suka melepak di jalanan. Dan tidak juga merera yang akrab dengan akademi hiburan seperti Fantasia-sia.

Kisah pemuda Ashabul Ukhdud (Sahabat Parit Api) boleh menjadi pendorong kepada anda semua. Begitu juga cerita Ashabul Kahfi (Sahabat Gua) adalah manifestasi golongan muda yang komited dengan ikatan tauhid. Kebenaran iktiqad mereka telah dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Kepada pemuda, lazimilah menghadiri Usrah yang kini teksnya membincangkan persoalan aqidah. Kebulatan penyerahan dan kehambaan kepada Allah merupakan penjana perjuangan yang terbukti mampu bertahan.

Semoga Blogger Pemuda Lipis, teruslah aktif menghantar berita di laman ini. Saya yang kini kembali ke menara gading akan turut menulis sebagai penambah seri. Takbir !!!

SAHABAT MASJID




BERTEMU KEMBALI.......
PADA JUMAAT LEPAS SAYA MENYERTAI PROGRAM BERSAMA SEBAHAGIAN JEMAAH MUDA MASJID SULTAN MAHMUD KUALA LIPIS MENJALANKAN KERJA KERJA DAHWAH DI KARNIVAL LIPIS YANG SEDANG BERLANSUNG DARI 27hb JUN 2009- 3hb JULY 2009.

SAYA BERSAMA SEKUMPULAN ANAK ANAK MUDA YANG DI NAMAKANSAHABAT MASJID SULTAN MAHMUD KUALA LIPIS. JUMLAH KEANGOTAAN KAMI PADA MALAM ITU SERAMAI HAMPIR 30 ORANG. KUMPULAN INI DI KETUAI OLEH IMAM 1 MASJID BERKENAAN. OPRASI KAMI BERMULA JAM 9 HINGGA JAM 1030 MALAM.

BAHAN RISALAH YANG KAMI EDARKAN IALAH BERKAITAN TENTANG SEMBAHYANG DAN PANDUAN MENUTUP AURAT BAGI MUSLIMAT. SAMBUTAN YANG DITERIMA DARIPADA ORANG RAMAI AGAK MENGGALAKAN .

INSAALLAH DI LAIN MASA KAMI AKAN MENERUSKAN USAHA SEPERTI INI DI TEMPAT TEMPAT YANG AGAK ASING BAGI PENDAHWAH PENDAHWAH SEBELUM INI.

BERIKUT ADALAH GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI TERSEBUT
PARA PENDAHWAH SEDANG MENYUSUN RISALAH


MENUNGGU MAKANAN SETELAH PENAT BERDAHWAH