Pengalaman di Manek Urai


Setiap kali balik kampung, kami melalui kawasan Manek Urai. Pernah berhenti minum di pekan Laloh. Pernah beli lemang di tepi jalan Manek Urai. Juga berhenti solat di simpang Chuchoh Puteri dan melalui stesyen keretapi Manek Urai Lama dalam perjalanan ke Wakaf Bharu.

Namun, kesempatan turun berkempen baru-baru ini memberikan saya pengetahuan yang lebih tentang Manek Urai. Maklumlah bertugas selama seminggu di Kg. Manjor. Sempat pula mandi di Lata Rek, meninjau pekan Manik Urai Baru dan mengenali secara dekat rumah-rumah penduduk di Kg. Budi, Kg. Karangan dan Kg. Manjor.

Secara keseluruhannya, Manek Urai adalah kawasan pertanian. Banyak ladang getah di kawasan ini. Kehidupan penduduk bertambah baik. Kawasan kampung seperti Kg. Manjor mempunyai akses yang baik kepada dunia ICT di mana saya boleh menggunakan mobile broadband untuk melayari internet. Berbanding dengan Kg. Pulau Meranti di Jerteh, Terengganu, kemudahan ini belum ada. Jadi, siapa yang mengadakan Kelantan terlalu kebelakang adalah tidak berpijak di bumi yang nyata.

0 comments: