Kenangan bersama Brother Anwar di Damansara


Melihat gambar Anwar yang tersiar di Malaysiakini, mengingatkan saya kepada pertemuan `berbuka puasa' pimpinan Persatuan Mahasiswa IPTA dengan Menteri Pelajaran (Anwar)di Bukit Damansara suatu waktu dulu. Majlis berbuka puasa itu melibatkan ramai orang-orang yang rapat dengan beliau termasuk aktivis ABIM & PKPIM. Anwar turut menjemput aktivis kampus sebagai usaha mengurangkan `pertentangan' dengan mahasiswa yang ketika itu sering menggasak beliau (waktu itu Kementerian Pengajian Tinggi belum wujud). Bersama kami, beliau nyatakan supaya tidak menggunakan panggilan `Datuk'. Panggillah `Nuar' saja. Begitulah diplomasi beliau yang membuatkan kami jadi `lembut hati'.

Semasa Anwar menjadi Presiden ABIM, saya sering mengikuti ucapan-ucapan beliau yang tersiar di media massa. Ketika beliau melancarkan buku `Menangani Perubahan', koleksi ucapan dan kertas kerja beliau, saya adalah antara pembelinya. Walaupun Anwar ketika itu bersama Umno dan sedang melonjak naik, namun ada minat untuk menekuni idea dan pemikiran beliau.

Selepas beliau dibebaskan dari penjara Sg. Buloh dan menjalani rawatan di luar negeri, saya ikut sama dengan aktivis reformasi menyambut beliau di KLIA. Harapan saya kini ialah ingin melihat Malaysia diperintah oleh kelompok pemimpin yang lebih adil dan menuju ke arah keredhaan Allah. Mampukah PAS, Anwar dan Pakatan Rakyat membuat suatu catatan sejarah dalam PRU13 ?

0 comments: