Best Promoter


Terjemahan: “Tidak bisa iri hati, kecuali kepada dua seperti orang: yaitu

orang lelaki yang diberi Allah swt pengetahuan tentang Al-Qur’an dan

diamalkannya sepanjang malam dan siang; dan orang lelaki yang dianugerahi

Allah swt harta, kemudian dia menafkahkannya sepanjang malam dan siang.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai disisi Allah. Oleh itu jika kita memilih agama selain daripada Islam maka kita akan mendapat azab daripada Allah. Jadi hendaklah kita semua berpegang teguh dengan ajaran Islam tanpa rasa ragu-ragu. Nabi Muhammad SAW diutuskan ke muka bumi untuk menyebar Islam keseluiruh dunia. Allah memilih Nabi Muhammad untuk menyampaikan agamaNya hingga ke hari kiamat dan kepada seluruh manusia. Ini berbeza dengan nabi-nabi yang sebelumnya, yang mana mereka diutuskan untuk kaum mereka sahaja dan waktu itu sahaja. Jadi kita dapat lihat sendiri betapa beratnya amanah yang dipikul oleh Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah satu produk yang baik. Jadi ia memerlukan promoter yang baik dan hebat. Seperti produk yang lain, promoternya mestilah mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan barangan tersebut berkualiti. Syarikat menjual krim pencerah kulit sudah pasti tidak menggunakan model yang yang berkulit gelap, mereka mesti mencari orang yang berkulit cerah. Begitu juga dengan produk-produk yang lain. Jadi untuk menjadi model, mereka mesti mencuba produk tersebut dan setelah hasilnya berkesan maka baru lah boleh jadi model untuk produk tersebut.

Berkata seorang juru terbang HAMAS, “Islam itu sebuah agama yang hebat, ianya didokong oleh orang-orang yang hebat, maka jadilah kemu orang-orang hebat”. Pendokong Islam mestilah mencerminkan nilai-nilai Islam dalam diri mereka.

54. Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

Kita mungkin biasa dengan ayat ini, surah maidah ayat yang ke 54. Ayat ini juga disebut dengan nama ayat hizbullah iaitu menceritakan lima ciri yang perlu ada pada pendokong Islam yang betul-betul memperjuangkan agama Islam. Jadi hendaklah kita memikirkan bagaimana cara untuk melengkapkan ciri-ciri tersebut supaya ianya menjadi amalan dalam diri kita.

Terjemahan: “Sesungguhnya orang yang tidak terdapat dalam rongga

badannya sesuatu dari Al-Qur’an adalah seperti rumah yang roboh.”

(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan sahih)

Pendokong Islam juga haruslah sentiasa menjaga niat mereka supaya tidak lari daripada matlamat sebenar perjuangan iaitu Allah. Jika kita berjuang bermatlamatkan dunia maka kita akan peroleh seisi dunia yang kita perjuangkan tetapi ianya kosong daripada rahmat Allah. Oleh itu hendaklah kita sentiasa muhasah diri dan memperbaharui iman dengan berniat. Rasulullah pernah mengajarkan kepada para sahabat satu doa, “Wahai tuhan yang membolak balikan hati, Kau tetapkanlah hati ini supaya mantaati agamaMu.” Persoalannya adakah Rasulullah SAW meragui keimanan para sahabat yang begitu hampir dengan baginda? Sebenarnya baginda SAW ingin menerangkan bahawa hati ini milik Allah, kalau kita tidak menjaganya maka Allah akan membolak balikkan hati ini.

Justeru itu, para pendokong hendaklah sentiasa memperbaiki diri supaya dakwah yang kita sampaikan diterima masyarakat dan mendapat keberkatan daripada Allah . WALLAHUA’LAM……

‘Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada

surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, dan

sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.’

0 comments: