Pelancaran kelab Penyokong PAS Kawasan Lipis

Alhamdulillah pada 26.07.08 PAS kawasan Lipis telah berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS keturunan India. Ini merupakan penubuhan Kelab Penyokong PAS yang ke 4 di Pahang setakat ini. Antara yang hadir malam itu adalah, Dr Hamzah, Timb Pesuruhjaya PAS Pahang, Saudara Vincent Lee, Timb pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Saudara Bala Subramaniam Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang. Saudara Zakaria, Pengerusi Keadilan Pahang , Pengerusi Lajnah HAK Pahang dan YDP PAS kawasan lipis.


Menurut Saudara VIncent Lee keahlian Kelab Penyokong PAS sekarang diseluruh negara sudah mencecah tidak kurang daripada 20,000 orang ahli. Dan penerimaan kepada PAS sekarang ini semakin baik dikalangan bukan Islam. Mungkin kerana seblum ini ada pihak terutama kerajaan menutup ruang untuk maklumat sampai kepada bukan islam mengenai ISlam dan PAS. Dan ia menyebabkan ramai bukan ISlam takut kepada ISlam dan PAS. Walhal sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan.




Manakala Balasubramaniam pula berkata; beliau yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Justeru beliau menyokong sepenuhnya untuk PAS melaksanakan Sistem Islam jika PAS memerintah.

Kalaulah bukan ISlam sudah mula meyakini bahawa sistem islam itu boleh memberi keadilan kepada semua manusia tidak kira ISlam ataupun bukan, jadi kita yang sudah ISlam ini bagaimana??? Bukankah selama ini kita mengambil sistem dari British untuk memerintah, kalaulah manusia boleh menerima sistem komunis, kapitalis, sosialis sebagai sistem pemerintahan mereka, jadi kenapa tidak sudi menerima Sistem Islam yang disuruh oleh Tuhan dalam sistem pemerintahan kita. Mari kita lihat keruntuhan dan masalah sudah berlaku di seluruh dunia hasil daripada sistem ciptaan manusia yang tidak seimbang. Jadi sudah sampai masanya manusia kembali kepada sistem yang menepati fitrah manusia, sistem yang memahami perangai manusia, itulah sistem ISlam. Ayuh berubahlah wahai insan..

2 comments:

Redzwan Abdullah said...

Bagus la... Dah ada 4 kelab penyokong... Ape pendapat Pemuda Pas kawasan Lipis tentang 'persahabatn antara UmNO dan PAS' di bawah satu parti Islam tanpa mengira kaum? Setuju ke?

muhamad izwan abu bakar said...

redz bagi aku pokok pangkalnya islam, kalaulah umno sanggup ubah dasar masukkan dasar islam yang sempurna tanpa pilih pilih, maka tidak timbul lagi umno dan PAS perlu bergaduh, kalau kita nak bersatu bukan atas dasar bangsa sheikh, tapi islam, yang aku nampak umno tak ikhlas dalam hal ni, dia seolah2 nak pergunakan isu ini untuk mengharukan PR, kenapa sekarang??? tapi PAS ikhlas kita terima pertemuan walau bakal mengundang ribut dalam PR. demi ummah.
Apa pun Kami pemuda meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pimpinan didalam membuat keputusan.