ameno

sumber dari otai pemuda lipis
http://abumuttaqin.blogspot.com/

ORANG KUAT UMNO LIPIS MASUK PAS

TOLONG JANGAN AJAK Saya MASUK Umno semula.



Bekas Ketua Umno cawangan Pagar Sasak, Haji Abdul Wahab Ismail 68, berkata beliau rimas diganggu bekas rakan didalam Umno menjelang mesyuarat agong parti itu.

Abdul wahab yang telah menyertai PAS Cawangan Mukim Kechau (Pagar Sasak) pada 8 Jun 2008 dengan No. keahlian PAS : 0849724 bersama isterinya Siti Esah Abdullah.

Beliau berharap rakan-rakanya didalam Umno memahami dan menghurmati pendirianya meninggal parti itu dan jangan mengajaknya kembali ke pangkuan Umno.

“Hurmatilah keputusan saya yang telah bersama PAS dan anggaplah saya sebagai rakan lama yang berlainan parti, tiada masalah untuk bermuqabalah, bermuamalah dan sebagainya tapi tolong jangan ajak saya menyertai Umno semula, tolonglah,” rayunya.

Abdul wahab menyertai Umno sekitar 1960 an, menjadi Ketua Umno Cawangan Pagar Sasak (1996 – 2008), Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Lipis (1995 – 2004).

Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Daerah Lipis (2000 – 2005), Pengerusi Ketua-ketua Kampung Daerah Lipis (2000 – 2004), Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ketua Kampung Negeri Pahang (2000 – 2004), Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Peladang Kawasan Lipis (2000 – 2010), Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Felcra Sungai Kambang (2006 – 2008) dan Bilal Masjid Kampung Pagar Sasak (Bilal)

Menurutnya, beliau meninggalkan Umno dengan kerelaan sendiri dan ingin akan istiqamah bersama PAS.

“Saya tetap istiqamah dengan dengan PAS dan tidak akan meninggalkan perjuangan ini,” katanya.

izwan said; alhamdulillah

1 comments:

The Boss said...

Memang lah nak istiqomah dengan Pas,bila tidak di lantik sebagai ketua kampung,ahli majlis,jangan nak bangga sangat jadi ajk umno bahagian tu,bertanding tak menang pun,hanya di lantik sebagai ajk dilantik sahaja,bila semua dah hilang,mula lah nak masuk pas,kebiasaan begitulah.